seismik

Walaupun Berjambang, Gadis Ini Langsung Tak Malu Jadi Model Pakaian Pengantin

Dia seorang yang tabah, dan ketabahannya itu telah membawa dia melangkah jauh.

Cover image via dailymail.co.uk

Harnaam Kaur berumur 11 tahun ketika mendapat tahu dia menghidap polycystic ovary syndrome, suatu keadaan bila bulu atau rambut yang tumbuh di anggota badan tidak terkawal

Image via buzzfeed.com

Ketika memeluk agama Sikh, dia mengambil keputusan untuk menerima keadaan dirinya, dan tidak lagi memotong jambang di wajah

Image via nld.com.vn

Menurut kepercayaan agama Sikh, penganutnya diminta supaya tidak memotong atau mengubah mana-mana bahagian badan.

Rambut atau jambang bukan saja tumbuh di wajah Harnaam, tetapi juga di anggota badan yang lain seperti dada dan lengan

Keputusan Harnaam mengejutkan keluarganya tetapi menurut Harnaam, setelah dia redha dan menerima keadaan dirinya, dia terasa lebih feminin dan tenang

Image via perizona.it

Terkini, Harnaam Kaur ditawarkan menjadi model untuk pakaian pengantin oleh sebuah agensi perkahwinan, Urban Bridesmaid

Image via dailymail.co.uk
Image via dailymail.co.uk
Image via dailymail.co.uk

Urban Bridesmaid tertarik dengan gambar Harnaam di sebuah pameran gambar, dan membuat carian tentang gadis unik itu.

Setelah membuat beberapa bacaan tentang Harnaam, Urban Bridesmaid yang telah lama mahu mencuba konsep bunga pada jambang terus menghubungi beliau untuk sesi fotografi pakaian pengantin mereka.

Harnaam, yang juga seorang guru sekolah, ditawarkan untuk menggayakan pakaian pengantin dengan konsep lama atau vintage

Image via dailymail.co.uk

Sebagai salah satu apresiasi kepada keyakinan Harnaam, bunga-bunga kecil turut dihiasi pada jambangnya

Image via dailymail.co.uk

Inilah orang kata, tuah ayam nampak dikaki. Mungkin tuah Harnaam pada jambangnya.

Untuk pengetahuan anda juga, potret Harnaam turut dipamerkan di Somerset House semasa pameran jambang bulan Mac yang lalu

Image via nld.com.vn

Untung kan orang yang yakin pada diri sendiri macam ni? Samalah seperti keyakinan gadis yang mengembara ke Afghanistan seorang diri ini:

You may be interested in: