Gadis Cantik Berhijab Ini Dikecam Kerana Jadi Model Dalam Majalah 'Playboy'. Biar Betul?
Terkejut kan?
Playboy, majalah orang dewasa terkemuka dari Amerika Syarikat telah membuat kejutan dalam edisi terbarunya dengan menampilkan seorang wanita berhijab sebagai salah seorang model
Noor Tagaouri merupakan seorang jurnalis keturunan Libya-Amerika. Mengenakan seluar jeans, jaket kulit dan kasut Converse sewaktu penggambarannya bersama majalah Playboy, wanita yang berumur 22 tahun ini berkata, matlamatnya adalah untuk menjadi pembaca berita berhijab komersial TV pertama di Amerika Syarikat.
Dia menerbitkan berita untuk Newsy, iaitu rangkaian berita video Amerika yang menerbitkan berita video pendek
Tagouri percaya, dengan pengalaman sebagai seorang wanita muslim di sana, dia boleh menjadi seorang jurnalis yang lebih baik pada masa hadapan.
"Secara jujurnya, saya fikir sebagai seorang wanita Islam yang berhijab, ia sangat membantu saya mendapatkan kepercayaan dari orang ramai. Saya mampu membezakan yang mana salah dan benar," katanya kepada Playboy.
"Saya tahu bagaimana media memutarbelitkan cerita. Saya tidak akan berbuat demikian kepada anda semua. Saya ingin memberitahu cerita anda kerana ia penting dan patut mendapat keadilan," katanya lagi.
news.com.auTagouri menerima banyak kecaman dan kritik setelah fotonya muncul di dalam majalah Playboy. Namun, dia tidak mempedulikan semua komen negatif tersebut.
Menurutnya, ia hanyalah sifat negatif semata-mata. Dia akan sentiasa memastikan dirinya bersama-sama orang yang bersifat positif untuk memastikan dirinya lebih maju ke hadapan.
Malah dia juga tidak mempedulikan akan tanggapan orang ramai tentang apa yang dipakai (hijab) olehnya. Mengenai keputusannya menjadi wartawan berhijab yang sering keluar di kaca televisyen di sana, dia memberitahu bahawa dia sangat berbesar hati kerana ia boleh membantu dirinya untuk melakukan sesuatu yang dia mahukan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!