Gadis Ini Cuba Produk Terbaru Cetaphil & Lihat Hasilnya Selepas 4 Minggu Guna. Wow!
Masalah kulit kusam dan tona tidak sekata kini tiada lagi.
Siapa je tak sukakan kulit yang sihat dan tampak cerah sepanjang masa?
Rata-rata kita semuanya pasti mahukan kulit yang diidam-idamkan ini. Tapi bagaimanakah caranya untuk jadikan kulit kita sihat dan cerah seperti itu?
Tambahan lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang sensitif, jadi sembarangan produk tidak sesuai untuk mereka gunakan.
Haa.. tapi anda jangan risau baru-baru ini ada seorang gadis berkongsikan tips bagaimana dia mengatasi masalah kulit kusam dan gelap sebelum ini dengan hanya menggunakan produk terbaru daripada Cetaphil Bright Healthy Radiance.
Nak tahu bagaimana dan pengalamannya menggunakan produk ini? Jom kita tengok dan baca perkongsian gadis ini.
Sebelum ini ada masalah kulit kusam dan tona tidak sekata
Menurutnya, kulit mukanya mudah dan senang menjadi kering ketika berada di luar rumah, lebih-lebih lagi jika terkena cahaya matahari.
Jelasnya lagi, kulit mukanya juga sebelum ini memang tampak kusam dan seperti orang tidak bermaya, malah kadang kala tonanya tidak sekata.
"Nak keluar rumah dengan kulit muka macam ni pun rasanya tak yakin bila berhadapan dengan orang ramai, walaupun pakai face mask.
"Tapi mujurlah saya dikenalkan dengan produk Cetaphil Bright Healthy Radiance ini daripada kenalan rapat saya sendiri, dia yang mengesyorkan saya untuk mencuba produk ini dulu," katanya.
Kongsi pengalaman guna produk pada minggu pertama dan kedua
Nak gunakan produk skincare ini kadang kala memerlukan masa lebih sedikit baru nampak hasilnya, sama seperti dikongsikan oleh gadis ini. Katanya, pada minggu pertama ketika menggunakan produk itu memang belum nampak lagi kesan penggunaannya.
"Oleh itu, saya tetap sabar menunggu hasilnya yang lebih ketara pada minggu kedua menggunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance ini.
"Memang tak terjangka produk ini sebenarnya lebih bagus daripada saya sangkakan kerana ianya memang berkesan untuk kulit muka saya," ujarnya.
Dengan teknologi GentleBright dalam Cetaphil Bright Healthy Radiance, gadis ini memberitahu, ianya banyak membantu menyelesaikan sebahagian besar masalah kulit muka yang dia hadapi.
Kulit muka mula rasa lebih sihat, segar dan jerawat semakin berkurang
Seperti yang dikongsikan sebelum ini, dia memberitahu dirinya mempunyai masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Tetapi kini dia tidak lagi rasa seperti itu.
"Saya rasa sekarang kulit muka saya semakin sihat, segar dan jerawat semakin berkurang. Sebelum ini, memang orang akan nampak saya seperti 'mayat hidup' namun sekarang dah jadi orang semula," katanya.
Bagi yang tidak tahu, produk Cetaphil sebenarnya ia digabungkan dengan pemahaman kulit sensitif dan kepakaran penjagaan oleh pakar dermatologi, malah ada ramuan hebat yang telah diuji secara klinikal dan tidak akan buat kulit sensitif seseorang jadi tidak selesa.
Mungkin inilah antara salah satu sebab mengapa gadis ini merasakan kulitnya semakin sihat dan segar sepanjang masa.
Hasilnya pada minggu keempat selepas guna amat menggagumkan, kini kulit tampak lebih cerah!
Betullah orang tua-tua kata, orang yang sabar pasti akan beruntung akhirnya. Hasilnya kulit muka gadis ini sememangnya nampak berbeza berbanding sebelum ini.
"Kulit saya sekarang ini rasanya semakin cerah, hasilnya amat menggagumkan saya. Pelbagai produk yang telah saya cuba sebelum ini tapi semuanya sama dan tidak membuahkan hasil.
"Tapi dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance ini, tona kulit muka saya pun sekarang sudah nampak sekata dan semakin berseri-seri.
"Lepas ini kalau saya nak keluar rumah pun dah lebih yakin untuk berhadapan dengan orang, lagi-lagi bila orang akan tersenyum memadang saya," ujarnya.
Digabungkan dengan formula Niacinamide dan Sea Daffodil iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi secara eksklusif serta bahan yang baik bagi mengurangkan bintik-bintik gelap. Tidak hairanlah kenapa ianya bertindak baik dengan kulit muka gadis ini.
Lebih menakjubkan lagi, Cetaphil Bright Healthy Radiance ini sebenarnya boleh membantu memperbaiki penampilan kulit yang menua. Malah, ia juga tampil dengan tekstur yang lembut tapi kuat untuk memberi kesan positif pada kulit.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Cubalah sekarang produk Cetaphil Bright Healthy Radiance hari ini!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk ini, anda boleh saja layari laman web Cetaphil Bright Healthy Radiance bagi mengetahui produk yang ditawarkan. Selamat mencuba!