seismik

Gadis Kongsi Itinerari Bergambar Ke Iran Dengan Bajet Kurang RM2,000 Selama Seminggu!

Ekin dan dua orang rakannya telah menjelajah dan singgah ke beberapa bandar sekitar Iran iaitu Tehran, Shiraz, Yazd, Esfahan, Kahan dan Maranjab serta Abyaneh.

Cover image via Twitter @FlightMurah

Negara Iran mempunyai banyak tarikan hebat, cantik dan menakjubkan namun masih belum disedari oleh orang ramai lebih-lebih lagi rakyat Malaysia

Image via Fars News

Media barat seringkali memaparkan keadaan kurang selesa mengenai negera Iran yang sebelum ini telah dikenakan sekatan ekonomi oleh kuasa besar sejak 30 tahun lalu. Walau bagaimanapun, sejak dihentikan sekatan ekonomi, Iran kini terus dikunjungi pelawat asing, dari serata dunia.

Iran merupakan lokasi pelancongan yang sedang membangun serta kaya dengan sejarahnya serta mempunyai nilai estetikanya tersendiri.

Seni bina yang terdapat di negara Iran menggayakan banyak kepelbagaian, baik dari segi struktur hingga ke ukiran dan mempunyai keunikannya tersendiri jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain.

Seorang gadis iaitu Nabila Asyiqin menerusi laman Twitter @FlightMurah telah berkongsikan tentang pengalamannya bercuti di negara Iran selama seminggu pada Januari lalu

Nabila Asyiqin atau lebih mesra disapa Ekin telah menjelajah dan singgah ke beberapa bandar sekitar Iran iaitu Tehran, Shiraz, Yazd, Esfahan, Kahan dan Maranjab serta Abyaneh dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM2,000.

Nak tahu bagaimana dia lakukannya? Baca perkongsian penuh di bawah:

Flight ticket: Ini paling susah and costly, cause kalau check kat website AA, return ticket to Tehran is RM1k and above, tapi dengan bantuan AA promo final call kitaorang berjaya dapatkan ticket Air Asia KUL>TEHRAN>KUL for only RM610

Accommodation: FYI, Airbnb kena block dekat Iran, tapi good news korang boleh walk-in untuk hotel & hostel sebab kebanyakannya tak penuh (according to them sekarang tengah low season). Nanti Ekin share hotel & hostel yang Ekin stay so korang boleh terus ke sana.

Some of the photos yang Ekin ambik sepanjang trip di IRAN.

Please take note that:

Korang kena tukar duit MYR kepada USD/EURO terlebih dahulu sebab Iranian Riyal cuma ada once korang sampai IRAN.

Ekin tukar 1.5k MYR = 367USD.
(At the end of the trip masih berbaki >50USD).

Travel insurance pula, Malaysian company so far tak ada yang cover IRAN.

So first thing korang kena buat once you reach Tehran (Imam Khomeini International Airport) is:

Cari counter insurance dekat dengan immigration check-in counter.
Insurance fee: 16USD.

Once dah settle semua, korang boleh head to money exchange counter and tukar duit siap-siap. Rate dekat airport pun murah je, korang boleh pergi Level 1 Airport (near departure).

Lupa nak cakap, Budget kitaorang is <2000MYR for 1 week in IRAN. Itu pun termasuk shopping & souvenir.

Day 1: Touchdown at Imam Khomeini International Airport, Tehran

Since flight kitaorang dari KUL flight petang, jadi kitaorang sampai IRAN malam. (time difference : 4.5hours).

Kitaorang overnight dekat airport malam itu before gerak ke City Centre pagi esoknya.

Bagi yang taktahu, direct flight KUL > TEHRAN mengambil masa hampir 8 jam so korang boleh prepare mental & physical siap-siap okay.

Day 2: Tehran

Dari airport kitaorang ambil taxi ke Argentine Square (bus terminal) untuk beli ticket bus, simpan bag & pergi ronda-ronda Tehran sebelum ke Shiraz.
Taxi from airport : 230k Riyal.


Dah settle ticket and simpan bag, dari Argentine Square kitorg naik yellow bus, ke Grand Bazaar & Golestan Palace (satu area).

Golestan Palace
Entrance fee : 300k Riyal (entrance & main hall).

Golestan Palace & Grand Bazaar tu walking distance je between one another
Korang boleh shopping dekat Grand Bazaar (kitorang beli Iranian Traditional wear : Cador, nanti Ekin tunjuk macam mana).


Grand Bazaar.

Settle jalan-jalan sekejap dekat city, kitaorang balik ke Argentine Square untuk naik bas ke Shiraz (13jam perjalanan). 

Ticket price TEHRAN>SHIRAZ: 680k Riyal.

Kitorang sampai Shiraz pagi esoknya.

Day 3: Shiraz

Kitaorang sampai almost pukul 8pagi. Tanpa melengahkan masa kitaorang terus ambil taxi dari bus station ke hotel (100k Riyal).

Accommodation: Golshan Traditional Hotel.
(Ni luar hotel, jalan dia lorong kecil & agak ke dalam).

*sorry takda gambar appropriate.

Memandangkan taxi driver tadi okay, kitaorang decide untuk hire dia untuk bawa kitaorang ke Persepolis - Pasargad - Naqsh-E Rustam (Famous ancient ruins) perjalanan mengambil masa beberapa jam.

Taxi cost: 33USD/3 person
(Some payments were made in USD).


Protip:
Masa korang tukar duit, jangan tukar semua USD to Riyal, instead, simpan sikit USD sebagai standby.
Ekin tukar 200USD sahaja kepada Riyal, yang lain simpan untuk transport & hotel.
(They do accept USD).

First stop, Persepolis. Spot paling jauh dari Shiraz. Tempat peninggalan sejarah Empayar Achaemenid.

Persepolis.
Entrance fee: 200k Riyal / person.

(Ekin pakai Cador yang Ekin beli dekat Grand Bazaar Tehran).

Lepas kitaorang habiskan 2 jam dekat Persepolis, kitaorang gerak ke Pasargad pula. Sini juga adalah tempat peninggalan sejarah tapi kawasan dia lebih luas & kena naik buggy.

Protip: spend less time here, more in Naqsh-E Rustam.

Pasargad.
Entrance fee: 200k Riyal.

Since sini winter jadi waktu siang dia sekejap sangat, 5 pm dah sunset. Agak rushing bila ke Naqsh-E Rustam, so tak sempat masuk. Dapat ambil dari luar je. Tapi personally Ekin rasa sini lagi cantik dari Pasargad.

Naqsh-E Rustam.
Entrance fee : 150k Riyal (rasanya).

Day 4: Shiraz > Yazd

Sebelum kitaorang gerak ke next city, kitaorang jalan-jalan dulu dekat Shiraz.
Pastikan korang bangun awal & terus ke Nassir al-Mulk mosque pagi tu sebab dalam pukul 8.30-9.00am masjid tu jadi cantik sangat!
  
Dari hotel kitorg tak jauh pun, jalan kaki je.


Nah, sebab kenapa korang kena pergi at exactly 8.30am-9am. Cahaya matahari pagi masuk terus dalam masjid, and jadi colourful sangat-sangat macam ni!

Nassir al-Mulk Mosque.
Entrance fee : 200k Riyal.

(Continue DAY 4 in SHIRAZ).

Nassir al-Mulk Mosque.

Bahagian luar masjid dia pun cantik. Rugi kalau korang tak bergambar. Ternyata orang Parsi memang sangat berseni.

Lepas habis jalan-jalan dekat Nassir al-Mulk mosque ni kitorang balik ke hotel sebab lapar & kena check out. Tadi keluar tak sempat nak breakfast. Nasib baik hotel ni bagi free breakfast.

Breakfast at Golshan Traditional Hotel.

(Macam-macam jenis roti kitorg dah rasa kat sini).

Selesai packing barang, check out & simpan bag, kitaorang keluar balik & terus ke bazaar berhampiran.

Kitaorang nak ke Vakil Bazaar, tapi lalu dulu dekat Ordou Bazaar sebab bazaar ni semua interconnected. Bazaar Iran sini semua besar-besar and boleh sesat.

Ordou & Vakil Bazaar.

Ni pulak kedai game dorang, cool kan?

Biasalah perempuan bila dah masuk bazaar semua benda nak beli. Since Ekin memang minat barang2 traditional wear ni, ni satu lagi Ekin beli masa dekat Shiraz (sampai skrg taktahu nama dia) beli pun sbb total baru 300k Riyal.

Lepas pergi Vakil Bazaar, kitaorang merayau-rayau sampailah terjumpa Arg of Karim Khan.

Arg of Karim Khan.
(Kitorg tak masuk, sebab takut rushing.
Tapi menyempat jugak lah beli ice cream bagai).

Dah habis jalan-jalan dekat Shiraz, kitaorang balik hotel, ambil beg, tahan teksi & terus ke bus station. Next stop: YAZD.

SHIRAZ > YAZD by bus (6hr journey if I'm not mistaken).

Ticket price: 360k Riyal.

Tergelak aku tengok biskut ni nama dia Taiko.

Malam tu kitaorang sampai dekat Yazd, terus ambil taxi dari bus station ke hotel. Sampai hotel, check in, keluar makan (finally makan besar) balik hotel, pengsan!

Accommodation: Ali Baba Traditional Hotel .
(10USD/person).


Cafe Fooka .
Order atas dasar nafsu sebab lama tak jumpa ayam goreng.

Day 5: Yazd

Kitaorang sangat kesuntukan masa tak sempat pun nak tengok Yazd mosque yang betul-betul sebelah hotel.

Pagi-pagi bangun, check out, terus hire taxi driver pergi around Kharanaq - Chaq Chaq - Meybod (ancient cities).

Taxi cost : 1 300 000 Riyal / car.

Sebelum tu Ekin nak share gambar dekat hotel & breakfast kitaorang Ali Baba Traditional Hotel.

Free breakfast kat sini boleh tahan meriah juga.

Okay dah! Jom ke first stop kita.

4000 y/o abandoned mud brick town of Kharanaq. Gila ancient!

Kharanaq mud-brick town.
Entrance fee : 50k Riyal.

Sesiapa nak fefeeling mcm Prince of Persia tu boleh lah panjat mana yg mampu (for better view gittew).

Kharanaq.

Tempat ni memang boleh sesat sebab boleh tahan macam maze juga lah then Ekin pergi ikut member laki Ekin ni masuk terowong kecik terus sesat entah ke mana.

View mud brick town dari Caravansary berdekatan (beli ticket kat sini).

Nak masuk top of Chaq Chaq ni kena bayar, dalam 150k-200k Riyal, tapi kitaorang lepak dekat area bawah & tengah-tengah je so free haha. Basically view dia macam ni.

Chaq Chaq.

Next stop!

Ancient city of Meybod. Kawasan ni boleh tahan besar, so ada a few places yg korang boleh visit. Kalau lapar dekat sini pun ada restaurant nearby (but yg driver ktorg bawa agak pricey).

Kohan Dizh of NarinQaleh, Meybod.
Entrance fee : 150k Riyal.

Nah extra info pasal tempat ni.

Kohan Dizh of Narin Qaleh.

Ini pula view dari atas & belakang Narin Castle ni.

Yakhchal (Ice House), Meybod.
50k Riyal after discount.

Kalau korang nak skip, boleh skip sebab takda apa pun dekat sini tapi luar dia cantik lah nak ambil gambar. Yang tu takyah bayar, nak masuk dome ni je kena.

Gambar sekitar Meybod.

Ancient city of Meybod.

Dinner kitaorang sebelum berangkat ke Kashan menaiki bas.

P/s : boleh try sheep muscle sumpah sedap gila.

Petang tu kitorg ambil bas dari YAZD > ESFAHAN.

Perjalanan mengambil masa 4-5 jam.

Sampai Esfahan, macam biasa ambil taxi terus ke hostel. Balik terus pengsan! Haha.

 Accommodation: Amir Khabir Hostel.

Day 6: Esfahan

Hari ni kitaorang plan utk jalan-jalan je sekitar bandar Esfahan, sbb dia ada byk tempat menarik (masjid etc) siapa yang suka Persian architecture & senibina masjid boleh dtg sini cuci mata.

Hakim Mosque, Esfahan.

Dapat ambil luar je sebab tutup Jumaat cuti.

Pagi Jumaat di sekitar Esfahan. Lengang je, bila dah nak tengahari baru orang mula ramai. Nak pergi Bazaar, Bazaar tutup jugak!

Esfahan.

Kitaorang jalan kaki dari hostel sampai lah ke Naghsh-e Jahan Square ni. Takdelah jauh mana. Sini baru meriah, ramai org & bazaar dia buka.

Naghsh-e Jahan Square.

Naghsh-e Jahan ni korg wajib pergi sbb dia dikelilingi tempat menarik spt Ali Qapu,Sheikh Lotfollah mosque & byk lagi. Kitorg pilih utk pergi ke Sheikh Lotfollah mosque sbb according to them, ni masjid tercantik dunia].

Betul ke?

Sheikh Lotfollah Mosque.
Enrance fee: 200k Riyal.

Lepas jalan-jalan masjid kitorg shopping kejap dekat bazaar, then jalan kaki ke Chehelsotoon Palace (5mins away).

Bazaar & perjalanan ke Chehelsotoon.

Chehelsotoon Palace.
Entrance fee : 200k Riyal.

(Basically dia ala-ala Golestan Palace versioan Esfahan).
Beautiful landscape of the palace.

Chehelsotoon Palace.

Yang ni pula interior of the palace. Setiap lukisan di dinding menceritakan peristiwa bersejarah.

Settle jalan-jalan, kitorg pergi makan, patah balik hostel & terus tahan taxi. Nak naik bas ke Kashan pula.

ESFAHAN > KASHAN  (3hr by bus)
Ticket price : 105k Riyal

Kitorang sampai malam, terus check in and rehat.

Accommodation: Ehsan Traditional Hotel, Kashan.

Ehsan Traditional Hotel, Kashan.

Day 7: Kashan & Maranjab

Settle je breakfast kitorg terus keluar utk cari package ke Maranjab Desert. Kitorg plan utk overnight dekat sana malam tu. Package kitorg dapat tapi tak boleh nak camping dekat padang pasir sbb winter. So kitorg kena tidur caravansary instead.

Tour package price (Day7) = 30USD / person
- Visit Holy Shrine
- Underground city of Nooshabad (not inclusive of entrance fee)
- Abandoned fortress (forgot its name)
- Sunset @ Maranjab desert
- Overnight at Caravansary
- Free dinner & breakfast
- Sunrise @ Salt Lake

Memandangkan tour started at 12pm, kitorg sempat pergi jalan-jalan sekitar kawasan tu.

Agha Bozorg Mosque.
(Bahagian luar masjid).

Yang ni pula interior masjid.

Since hotel bagi kitorg ticket free nak masuk Sheybani's museum, kitorg pun saja menyinggah tengok apa yg ada.

Sheybani's Museum of Fine Arts.

Pukul 12, kitorg standby dekat Tour agency, untuk gerak ke first stop kitaorang which is Underground City of Nooshabad. Yang ni package tak include ticket so kena bayar sendiri.

Underground city of Nooshabad.
Entrance fee : 200k Riyal.

Lepas habis jalan-jalan sini, driver bawa kitorg singgah an abandoned fortress (I think so la) tak ingat nama dia. But entrance is free.

Abandoned old fortress.

Sementara tunggu lambat lagi nak sunset, kitaorang pergi ke Shrine of Hilal ibn Ali / Holy Shrine. Masuk pun free juga sini, and then kena pakai Cador bagi perempuan.

Shrine of Hilal ibn Ali.

Okay! Lepas tu kitorg gerak pula pergi tempat next: Maranjab desert sebab tinggal lagi 2 jam nak sunset.

Unfortunately sunset haritu banyak awan so tak cantik, tapi sempat lah bergambar kat sand dunes dekat sana.


Maranjab Desert (Sand Dunes).

Lepas je sunset, driver terus datang pickup kitorg & bawa pergi caravansary. Kat situ kitaorang dapat free dinner, tea & beruntung sbb baik dgn locals, kitaorang dapat free shisha. Hehe.

Since ni malam last kitorg spend masa lepak dgn driver kitorg siang tadi & kawan-kawan dia.

Then tidur!

Day 8: Maranjab > Abyaneh > Tehran

Harini kena bangun awal gila sebab nak pergi Salt Lake utk tengok sunrise. Perjalanan dari caravansary nak ke Salt Lake > 40mins. Bolehlah sambung tidur dalam kereta. Plus pagi tu sejukkkk lain macammmm!

Salt Lake sunrise.

Lepas habis Salt Lake, kitaorang balik ke Caravansary untuk breakfast, ambil bag & terus ke Kashan. BTW kitaorang ambil package untuk Abyaneh pula dengan tour yang sama. So tukar kereta je. (20USD/3 person).

Abyaneh Village.
Entrance fee: 100k Riyal.

Agak rushing sebab malam tu flight kitaorang. Settle tu kitaorang balik ke Kashan, terus ke bus terminal & gerak ke Tehran.

Ticket price: 180k Riyal (3hr journey).
Turun dekat Southern Bus Terminal.

Sampai Southern bus terminal, kitaorang makan early dinner, siap-siap then ambil Metro train dari station

Payane Junoob > Shahed.
Ticket price: 8k Riyal.

Kemudian, naik mini van ke airport.
Ticket price: 50k Riyal

Train kat sini dia asingkan coach lelaki & perempuan tau. So korg memang kena get ready. Kitorg sampai terpisah dgn member lelaki sekejap. Siap pergi pejabat polis lah minta call kan (kitaorang tak pegang sim card time tu).

Maka tamatlah trip Iran kitaorang.

Flight kitorg midnight & sampai esoknya 1 pm waktu Malaysia.

Summary of budget

ACCOMMODATION: max per night 15USD / person.
ENTRANCE FEE: 50k Riyal - 200k Riyal / person.
MAKAN: max 300k / day.
DRIVER HIRE: max 70USD for the entire trip (not inclusive of taxi rides to hotel).

FYI nanti korang might get confused dengan system Riyal-Toman dorang.
1000 Toman = 10 000 Riyal = +- RM10.

Dekat sini majoriti nya Shiah 60% (40% sunni) so agak susah untuk kitaorang solat dekat public. Actually kitaorang sendiri pun tak berani nak expose yang kitaorang sunni, so diam-diam je okay. Kat sini nanti korang boleh tengok perbezaan cara solat, even azan pun beza.

Tapi tak semestinya dorang jahat.

So to conlude: IRAN really is a peacuful country, tak spt apa yg media barat hebohkan. No such thing as terrorism everywhere & such. Orangnya baik & willing to help us despite the languange barrier.

Kalau nak tahu IRAN macam mana, korang kena datang tengok sendiri. Baru nilai. Hehe.

That's all for my IRAN thread. Buat semua yang baca, thank you so much harap apa yang Ekin share boleh dimanfaatkan. And safe travels!  

BTW Ekin share Part 2 - 4 of my travelogue okay.

Have a nice day everyone.
 Assalamualaikum.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cuti di Malaysia sahaja pun boleh!

Ini beberapa banglo dan villa boleh disewa untuk anda sekeluarga

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: