Gaji Minimum RM3,000 Buat Lepasan Siswazah Bakal Jadi Realiti Tak Lama Lagi - Menteri
Ia disebabkan tawaran gaji yang tidak setimpal dengan kerja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry berkata cadangan gaji minimum RM3,000 buat siswazah mungkin menjadi kenyataan
Menurut beliau, cadangan itu sudah berada di peringkat awal perbincangan di antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.
"Saya difahamkan akan ada cadangan kertas putih yang akan dibentangkan. Jadi kita akan serahkan kepada kedua-dua kementerian ini untuk menyediakan apakah pendekatan dan cadangan baharu yang nak dikemukakan," katanya.
Tambah beliau, pendekatan baru yang mungkin dilaksanakan itu perlu mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk soal gaji graduan KPT.
Isu itu mula dibincangkan selepas ramai mendakwa ditawarkan gaji yang rendah dan tidak padan dengan kelayakan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!