seismik

[GALERI] Ais Krim Gulung "Raksasa" Kini Kuasai Sunway Pyramid Dengan Sentuhan Unik

Berita baik. Ais krim gulung kini sudah bertapak di Lembah Klang.

Cover image via aiskrim.my

Sekarang, anda semua mungkin sudah sedia maklum tentang ais krim gulung. Pernah dengar? Rata-rata pengguna laman sosial sering berkongsi video ais krim gulung ini yang dianggap sangat unik dan menarik.

Kenapa ia begitu unik? Lihat sendiri cara pembuatan ais krim gulung ini yang menggunakan teknik "menggoreng" di atas kuali leper sejuk beku:

Met the monster #monstersicecream

A video posted by 〰马德琳•梁 (@magyylicious) on

Menarik bukan? Jika di Malaysia, ais krim gulung ini sering dikaitkan dengan Pantai Cenang di Pulau Langkawi. Ia dikatakan sangat popular di pantai peranginan itu.

Sejurus pembukaan premis tersebut, orang ramai berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan ais krim gulung walaupun terpaksa beratur panjang

Perisa-perisa ditawarkan juga sangat mengancam deria rasa anda! Antara menu yang paling diminati ialah Chocolate + Nutella + Cornflakes. Nyum nyum...

Craving fixed #monstersicecream #chocolateflavor #nutella #cornflakes

A photo posted by Eunice ShortShort (@eunice_1203) on

The making of @monstersicecream #timelapse #monstersicecream #chocolateflavorwithnutellacornflakes

A video posted by Eunice ShortShort (@eunice_1203) on

Tak cukup mengancam? Boleh juga cuba Koko Crunch + Nutella + Vanilla Ice Cream. Mesti anda terliur.

Macam mana pula dengan perisa di bawah ini? Chocolate + Banana + Cornflakes + Ferrero Rocher + Choco Stick = KESEMPURNAAN!

Nak cuba? Kunjungi Monsters Ice Cream di Sunway Pyramid dan anda tidak perlu lagi terbang ke Langkawi untuk menikmati ais krim gulung.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda peminat ais krim, anda juga pasti meminati:

You may be interested in:

Leave a comment