seismik

[GALERI] 6 'Device' Kool Yang Korang Pernah Guna Untuk Dengar Lagu Waktu Kecik-Kecik Dulu

Siapa ada simpan lagi?

Cover image via SAYS

Siapa aje yang tak minat dengar lagu kan. Dengan muzik lah, kita boleh hilangkan stress!

Image via Tumblr

Tak kisah lah bila-bila pun, masa memandu, masak ataupun nak tidur. Muzik memang penting untuk semua orang!

Bak kata budak-budak zaman Myspace dulu, "Music is Life" tau! Tak kira lah lagu jenis apa pun, tapi memang lagu ni bagi semangat and naikkan mood lagi-lagi kalau baru lepas putus cinta kan.

Kalau korang ingat lagi, macam mana ya kita dengar lagu masa waktu kecik-kecik dulu?

1. Pemain Rekod Vinyl

Image via GIPHY

Kalau sebut vinyl mesti ramai yang tak tahu, jadi senang cerita panggil piring hitam ajalah. Memang tipulah kalau korang tak pernah nampak sebelum ni. Mesin ini telah wujud sejak zaman dulu lagi, kalau korang nak tahu pemain rekod vinyl yang pertama direka pada tahun 50-an. Tapi alat ini telah pun diperbaharui dari segi reka bentuknya dan diperkenalkan semula pada tahun 2000.

Hingga kini, mesin ini masih lagi wujud walaupun sekarang ia digunakan oleh peminat piring hitam. Kualiti bunyi dari piring hitam memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan cakera padat ya!

Buat korang yang hipster, memang sesuai lah!

2. Radio Kaset

Image via GIPHY

Ini pula adalah sebuah mesin yang dipanggil sebagai boombox ataupun dalam Bahasa Melayunya dipanggil sebagai radio kaset.

Radio kaset ini berbeza dengan radio yang wujud di pasaran sekarang. Reka bentuk dan saiznya lebih besar dan berat berbanding radio biasa. Bukan itu saja, radio ini juga hanya menggunakan bateri dan selalu dibawa ke mana-mana saja pada zaman dulu.

3. Walkman Kaset Player

Image via GIPHY

Teringat pulak zaman kecik dulu bergaduh dengan adik-beradik sibuk nak dengar kaset masing-masing. Memang seronok sebab rasa cool je bila dapat benda ni dekat tangan tau! Bila dah pasang, memang tak ingat dunia. Satu je yang tak best, kalau nak tukar lagu nombor 10 atau nombor 6 tu memang jenuh sebab kena tekan forward dan dengar je sampai lagu yang korang nak tu sampai.

Hm agak-agak kalau nak beli, ada lagi ke jual kaset ya?

4. CD Player

Image via GIPHY

Kalau sekarang, kebanyakkan daripada korang mesti dengar lagu guna pendrive ataupun Spotify aja.

Berbeza dengan waktu dulu-dulu, CD adalah perkara wajib yang ada di dalam kereta, lebih-lebih lagi sewaktu dalam perjalanan yang jauh seperti balik kampung ataupun pergi bercuti.

Tak sah lah kalau tak ada bekas CD tersusun belakang kerusi kereta. Bukan saja koleksi album lagu jiwang melayu aja, malah CD yang penuh dengan lagu playlist yang korang burn dari komputer pun mesti ada jugak kan!

5. MP3 CD Player

Image via GIPHY

Kalau korang ingat lagi, MP3 CD Player ni memang impian semua orang zaman kecik-kecik dulu! Kalau dapat 5A dalam UPSR tu memang benda ni lah yang akan jadi pilihan sebagai hadiah kan.

6. Ipod Klasik

Image via GIPHY

Ikutkan teknologi zaman sekarang, semuanya dah guna fungsi touch screen*kan. Korang percaya tak ini adalah Ipod klasik yang pertama dikeluarkan oleh syarikat Apple?

Ya, sebelum wujud ipod *Touch
, Nano ataupun Shuffle, Ini adalah keluaran iPod yang pertama yang diperkenalkan oleh mereka. Saiznya lebih besar dan lebar berbanding dengan keluaran iPod yang terbaru.

Jangan terkejut kalau harga sebuah iPod Klasik ini dijual pada harga RM400 saja di EBay!

Bukan itu je. Cuba korang ingat dulu sebelum wujudnya Itunes dan YouTube, pernah tak korang guna senarai di bawah ini untuk download lagu?

1. Majalah

Image via Becky BedBug

Ingat lagi tak, kalau beli komik ataupun majalah hiburan mesti ada satu halaman yang jual semua lagu untuk korang beli dan download sebagai ringtone. Yang paling tak boleh tahan, harga untuk satu lagu sampai RM3.00 tapi masih ramai jugak yang sanggup beli tu!

2. Limewire

Image via LimeWire

Memang dulu tak wujud lagi iTunes, tapi siapa lagi yang ingat betapa rajinnya korang cari lagu dekat Limewire. Sanggup tunggu lagu semua habis download untuk masukkan dalam CD.

Bila terfikir balik, rindu pulak nak buat kerja-kerja macam ni. Nampak gigih betul kan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau fesyen dulu-dulu pulak macamana ye? Jom tengok senarai bawah ni!

You may be interested in: