seismik

[GAMBAR] #PrayForTurkey: Kronologi Serangan Bom Di Turki Sejak 1982 Hingga 2016

Semoga semuanya kembali pulih.

Cover image via www.amerikaovozi.com

7 Ogos 1982: Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa, Ankara

Kejadian letupan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa, Ankara, diikuti dengan pertempuran senjata yang menyebabkan 11 orang mati dan 63 mangsa tercedera. Serangan itu didakwa dilakukan oleh Armenian Secret Army for the Liberation of Armenia (ASALA).

6 September 1986: Neve Shalom, Istanbul

Satu pengeboman berani mati telah terjadi di rumah ibadat Neve Shalom di Istanbul. Pengeboman itu didakwa dilakukan oleh kumpulan Jihad Islam yang mana telah membunuh seramai 22 orang.

25 Disember 1991: Pasaraya “Çetinkaya”, Istanbul

Bom dan bahan api telah dilempar di pasaraya “Çetinkaya”, Istanbul oleh militan haram Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Kejadian itu menyebabkan 17 orang terbunuh dan 23 mangsa tercedera.

13 & 14 Mac 1999: Pusat beli-belah 'Mavi Çarşı' dan outlet 'Burger King, Istanbul

Seramai 12 orang dilaporkan terkorban dalam satu kejadian pengeboman di pusat membeli-belah 'Mavi Çarşı' (the blue bazaar). Bom ketiga dijumpai di outlet 'Burger King' di bandar tersebut dan ia dilaporkan sempat dimatikan. Sekali lagi, serangan itu didakwa dilakukan oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) tetapi kumpulan militan ini menidakkan dakwaan tersebut.

15 & 20 November 2003: Dua bangunan British, Istanbul

Image via BBC Indonesia

Empat serangan bom kereta berani mati di Istanbul telah memusnahkan bangunan di sana iaitu Konsulat British dan cawangan bank multinasional British HSBC. Serangan ini menyebabkan 63 orang mati, termasuk Konsul Jeneral British, Roger Short dan beratus-ratus mangsa tercedera. Serangan dikatakan dilakukan oleh Al-Qaeda dan kumpulan pelampau Turki yang dinamakan the Islamic Front of Raiders of the Great Orient.

12 September 2006: Daerah Diyarbakir, selatan Turki

Seramai 10 orang termasuk 7 kanak-kanak dilaporkan tercedera di dalam serangan bom besar-besaran di daerah Diyarbakır iaitu bandar terbesar di sebelah selatan Turki.

27 Julai 2008: Pusat beli-belah di daerah Güngören, Istanbul

Dua letupan bom berlaku di Istanbul dan menyebabkan 17 orang mati dan 115 mangsa tercedera. Letupan bom terjadi di jalan pusat membeli-belah di daerah Güngören. Serangan ini terjadi pada pukul 9:45 malam pada waktu tempatan. Pengeboman ini adalah serangan terhadap penduduk yang paling teruk setelah pengeboman yang berlaku pada tahun 2003.

11 Februari 2013: Zon penampan Cilvegözü, sempadan Syria

Dilaporkan 17 orang mati apabila bas mini Syria meletup sejauh 40 meter sehingga ke zon penampan Cilvegözü sempadan dengan Syria di bandar Reyhanli, Turki.

11 Mei 2013: Letupan bom di bandar Reyhanli, Turki

Sekali lagi, satu serangan bom kereta berkembar telah membunuh 52 orang di Reyhanli, Turki. Kumpulan pro-Damsyik dikatakan adalah dalang kepada kejadian letupan bom tersebut.

20 Julai 2015: Satu serangan bom di daerah Suruç, Turki

Dilaporkan seramai 34 orang mati dan hampir 100 orang tercedera di dalam satu serangan bom di daerah Suruç, Turki. Kerajaan Turki mendakwa Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) telah terlibat dalam serangan tersebut.

10 Oktober 2015: Perhimpunan keamanan di Ankara, Turki

103 orang terbunuh dan lebih 500 lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang mensasarkan orang ramai di perhimpunan keamanan di Ankara. Kerajaan Turki menyifatkan serangan itu adalah serangan yang paling dahsyat yang pernah terjadi di Turki.

12 Januari 2016: Sultanahmet, Istanbul

Sultanahmet, Istanbul pula digemparkan dengan letupan bom yang menyebabkan 10 warga asing terbunuh dan 15 mangsa cedera dalam serangan berani mati oleh seorang pengebom kelahiran Arab.

14 Mac 2016: Ankara, Turki

Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh manakala 125 lagi cedera apabila seorang pengebom kereta bertindak meletupkan diri di tengah-tengah bandar raya ini. Sehingga kini tiada pihak yang mengakui sebagai dalang kejadian tersebut. Bagaimanapun, perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Berdasarkan statistik ini, jumlah kematian yang terkumpul adalah seramai hampir 400 orang manakala yang tercedera pula seramai hampir 1000 orang

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dalam pada itu, pasangan pengantin warga Turki ini telah memberi makan kepada 4,000 pelarian di sepanjang sempadan Syria pada hari perkahwinan mereka. Baca SINI:

You may be interested in: