[GALERI] Siapa Berani Bawa Kereta Naik Jambatan Paling Curam Di Dunia Ini?
Anda rasa kereta buatan Malaysia larat naik tak?
Pertama kali kami nampak gambar jambatan ini di laman The Vocket, kami ingatkan skrin komputer kami rosak. Apa anda rasa selepas melihat gambar jambatan paling curam di dunia ini?
Macam mana pun respon anda, kami pasti anda terkejut bila melihat pada tahap kecuraman jambatan ini. Betul tak?
Menariknya, bila lihat dari sudut tepi, jambatan ini sebenarnya tidaklah curam sangat...
... dan bila diperhatikan betul-betul, jambatan ini agak bengkok sedikit. Memang seram!
Jambatan ini dibina begitu tinggi untuk membolehkan kapal sebesar 500 tan untuk lalu di bawahnya dengan mudah. Menurut sumber, ia terletak di bandar Matsue, Jepun. Tapi kami tidak pasti sama ada namanya ialah Ejima Bridge atau Sanpo Bridge.
Bila kami 'search' kedua-dua nama di atas, hasil carian Google menunjukkan 'results' yang sama. Jadi kami sendiri tidak pasti nama sebenar jambatan ini.
Bukan itu sahaja. Terdapat juga beberapa jambatan lain di dunia yang lebih kurang sama tahap kecuramannya dengan Ejima Bridge ini. Antaranya ialah Brisbane Gateway Bridge di Australia...
Cuba bayangkan anda turun jambatan-jambatan kat atas ni sambil menunggang basikal...
... dan sekarang bayangkan pulak macam mana kalau anda kena kayuh basikal naik jambatan-jambatan ni.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Macam lelaki kat dalam gambar ni.