seismik

[GALERI] Susah Nak Percaya Pusat Karaoke Halal Dan Mesra Islam Sebegini Wujud Di Tokyo

Negara Matahari Terbit mengorak satu langkah ke hadapan dan kini semakin pesat dalam industri Halal.

Cover image via asiasmack.blogspot.com

Perhatian! Ada berita baik untuk umat Islam di Tokyo, Jepun.

Image via wordpress.com

Pusat karaoke pertama yang disahkan halal dan mesra Islam di Jepun, Manekineko telah dibuka di pusat bandar Tokyo akhir tahun lalu

Perniagaan ini menawarkan makanan, minuman dan perkhidmatan Halal selaras dengan kehendak pelanggan beragama Islam. Mereka turut memperoleh sijil Halal bagi meyakinkan lagi para pelanggan bahawa produk mesra Islam mereka adalah sahih.

Lebih menarik, sijil Halal Manekineko mendapat pengesahan dari Perbadanan Halal Malaysia. Ini bermakna mereka juga menyajikan makanan tidak Halal dan alkohol, tetapi bahan-bahan, dapur dan peralatan untuk menu Halal dipisahkan sepenuhnya.

Lebih menarik, pusat karaoke ini turut menyediakan kemudahan Surau yang sangat selesa untuk umat Islam menunaikan Solat, manakala tanda kiblatnya turut ditulis dalam Bahasa Melayu

Image via tokyoing.net
Image via tokyoing.net

Menurut sumber, pelawat dari Indonesia yang datang ke Jepun meningkat sebanyak 13% pada tahun lalu manakala pelawat dari Malaysia pula meningkat 42%. Jumlah ini jika digabung akan menjadi hampir 350,000 pelawat!

Image via asia.nikkei.com

Peningkatan bilangan pelancong Islam ke Negara Matahari Terbit telah menggalakkan lebih banyak perniagaan di negara itu untuk menyediakan perkhidmatan mesra Islam kepada pelanggan mereka

Wilayah Tokushima di barat Jepun telah menggalakkan perniagaan untuk mendapatkan pensijilan halal.

Kerajaan Wilayah telah mengadakan mesyuarat kajian mengenai perkhidmatan Halal untuk restoran, serta syarikat-syarikat makanan yang berharap untuk mengeksport produk mereka ke negara-negara Islam. Sejak April tahun lalu, wilayah itu telah menawarkan subsidi sehingga 1 juta yen (RM30,000) kepada perniagaan yang sedang berusaha ke arah mendapatkan pensijilan Halal.      

Nippon Express menawarkan perkhidmatan pengedaran makanan Halal pada Disember antara Kumamoto dan Tokyo secara percubaan. Perkhidmatan ini menggunakan trak khusus yang telah dibersihkan mengikut kehendak agama Islam untuk menyampaikan produk makanan Halal.

Usaha Kerajaan Jepun ini memang layak mendapat pujian. Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, rakyat Jepun sememangnya satu langkah ke hadapan serta sangat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Syabas!

JUGA DI SAYS: Kini Orang Islam Boleh Nikmati Minuman Vodka Dan Wiski 100% Halal!

You may be interested in: