seismik

Wan Azizah Kena Kutuk "Kaw-Kaw" Sebab Makan Nasi Lemak Dalam KTM. Tapi Sebenarnya...

Niat asalnya hendak menyelami kehidupan rakyat, tapi ia tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Cover image via Facebook Dr Wan Azizah

Tengahari semalam, Dr Wan Azizah telah mengadakan program Jelajah Amanat Presiden sehingga ke Ipoh di mana beliau menaiki tren Electric Train Service (ETS) Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari KL Sentral ke Ipoh

Tujuan jelajah itu adalah untuk mempromosikan prinsip perjuangan dan hala tuju KEADILAN di samping beliau mempunyai satu mesyuarat tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak

Dr Wan Azizah sempat memuat naik gambar beliau sedang menikmati nasi lemak bungkus ketika masih dalam perjalanan menggunakan tren ETS tersebut ke Ipoh

Gambar itu turut diletakkan caption yang boleh bikin panas:

"Alhamdulillah..ada rezeki makan nasi lemak bungkus untuk tengahari ini dalam tren..nak order makanan lain nanti kena GST pula.."

Mungkin niat Dr Wan Azizah hendak memberitahu para penyokong parti di bawah pimpinannya bahawa dia juga sama seperti orang biasa, boleh menjamu selera ala kadar di dalam pengangkutan awam...

...namun malangnya, muncul lebih 2,000 netizen yang tidak berpuas hati dengan gambar tersebut dan mengutuk perbuatan Dr Wan Azizah yang dikatakan melanggar peraturan tidak dibenarkan makan dalam KTM

Orang ramai juga turut mempertikai beg kertas Oppo yang diletakkan di sebelah Dr Wan Azizah sambil mendakwa beliau hipokrit dengan berkata, "Beli telefon bimbit Oppo tak kena GST pulak?" Ish ish...Tajam betul mata korang!

Memang benar, peraturan dalam KTM tidak membenarkan penumpang makan dan minum sepanjang masa ketika berada di dalam tren

Image via mykmu.net

Ini adalah untuk mengelakkan bau-bauan makanan mengganggu keselesaan penumpang dan berlakunya insiden seperti makanan atau minuman tumpah.

Tetapi lain pula peraturannya jika anda menaiki tren ETS atau tren antarabandar. Memandangkan ia merupakan tren untuk perjalanan jauh, makan dan minum adalah dibenarkan.

Image via www.twitter.com

Anda juga boleh membeli makanan di dalam kafe yang disediakan di dalam tren ETS yang biasanya terdapat di Koc C. Jadi sebenarnya, tiada masalah pun kalau Dr Wan Azizah nak makan dalam tren KTM tersebut.

Jadi, orang kutuklah macam mana pun, Dr Wan Azizah sebenarnya tak salah

Kami rasa karenah segelintir rakyat Malaysia ni kadang-kadang agak lucu. Mereka sangat bersemangat, walaupun selalunya tidak kena pada tempat dan masanya. Betul tak?

Ingat pesanan Ayahanda!

Image via myoshe.com

Dah baca pesanan Najib kepada Perdana Menteri Singapura ini?

You may be interested in: