seismik

[GAMBAR] Kemalangan Teruk Bas Ke Genting Highlands Korban Lapan Nyawa

Hanya kerana sebuah tayar di tengah-tengah jalan, sebuah bas ekspres terbabas dan rentung.

Cover image via omakkau.blogspot.com

[TERKINI] "Saya Nak Alihkan Tayar Tersebut Tapi Segalanya Sudah Terlambat."

Seorang saksi tidak sempat mengalihkan tayar yang tersadai di tengah jalan raya.

Image via bharian.com.my

Seorang pemandu kereta melahirkan rasa sedih dan kesal kerana tidak sempat mengalih tayar yang terletak di atas jalan sehingga menyebabkan kemalangan bas ekspres yang membunuh lapan orang.

"Saya sangat terkejut dengan kejadian itu dan berasa sedih kerana niat asal saya ialah mahu mengalihkan tayar tersebut bagi mengelak kemalangan, namun sebaliknya, saya melihat sendiri kemalangan ngeri di hadapan mata saya," kata Parvinder Singh, 35.

utusan.com.my

Parvinder Berkata, Beliau Mahu Melakukan Pusingan U Di Tapah Apabila Terlihat Sebiji Tayar Lori Di Tengah Jalan Dan Terfikir Untuk Mengalihkannya Bagi Mengelak Sebarang Kejadian Tidak Diingini. Tetapi Beliau Tidak Sempat.

Anggota bomba mengeluarkan mayat dari dalam bas.

Image via therakyatpost.com

"Ketika saya berada di bahu jalan untuk mengawal lalu-lintas sebelum mengalihkan tayar tersebut, tiba-tiba datang sebuah bas melanggar tayar itu sehingga menyebabkan ia terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pula kereta saya yang diletak kira-kira 100 meter dari situ," kata peronda 'bengkel bergerak' ini.

utusan.com.my

Pada Pagi 15 Januari 2015, Sebuah Bas Persiaran Membawa Sekurang-Kurangnya 30 Penumpang Ke Genting Highlands Terbabit Dalam Satu Kemalangan Berhampiran Tapah, Perak

Sebuah Bas Persiaran terbalik dan rentung mengorbankan lapan orang.

Image via bharian.com.my

Sekurang-kurangnya lapan orang maut, termasuk tujuh daripadanya rentung terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar ke Tapah.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

bharian.com.my

Siasatan Awal Mendapati Bas Berkenaan Dipercayai Melanggar Satu Tayar Lori Yang Berada Di Tengah-Tengah Laluan Sebelum Terbabas Ke Parit Di Sebelah Kiri Jalan Dan Terbakar

Kemalangan berlaku disebabkan sebuah tayar yang berada di tengah-tengah jalan.

Image via bharian.com.my

"Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar. Pemandu kereta jenis Charade dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya," kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

hmetro.com.my

Berdasarkan Maklumat Awal Yang Diperoleh, Bas Berkenaan Dinaiki 31 Orang, Setakat Ini Lapan Didapati Maut Dan 15 Cedera Dihantar Ke Hospital, Manakala Tujuh Lagi Cedera Ringan

Lapan orang termasuk pemandu bas maut dalam nahas.

Image via bharian.com.my

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58; dan Sin Ah Guat, 54.

Manakala pemandu bas yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Kesemua mayat kini di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan mayat pemandu di HRPB Ipoh.

therakyatpost.com

Saksikan Video Beserta Tujuh Lagi Gambar Nahas Kemalangan:

Lagi Berita Nahas Bas Ekspres Di SAYS:

You may be interested in: