seismik

[GAMBAR] Kiki Kamaruddin Menjadi Ahli Terbaru PERKASA. Apa Respon Netizen?

PERKASA mengambil Kiki menjadi ahli mereka pada 14 Ogos 2014.

Cover image via Facebook Perkasa Selangor

Anda Semua Masih Ingat Pada Kiki?

Masih ingat lagi pada Kiki Kamaruddin?

Image via www.era.fm

Rasanya, Satu Malaysia Pun Sudah Sedia Maklum Mengenai Kiki. Pada Bulan Julai 2014, Kiki Menggemparkan Seluruh Malaysia Dengan Perbuatannya 'Membuli' Uncle Sim.

Pada 14 Ogos 2014, Kiki Disahkan Menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

Kiki sah menjadi ahli PERKASA pada 14 Ogos 2014.

Image via Facebook Perkasa Selangor

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, atau yang lebih dikenali sebagai Kiki yang terbabit kes membuli seorang warga emas, telah menyertai PERKASA Selangor.

informasi.my

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) negeri Selangor semalam (14 Ogos 2014) menyerahkan kad dan sijil keahlian kepada Kiki.

yahoo.com

Sebelum Ini, PERKASA Telah Melancarkan Tabung Pada 24 Julai 2014 Bagi Membantu Meringankan Beban Kiki Yang Didenda Sebanyak RM5,000

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

astroawani.com

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA.

astroawani.com

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya Berkata, Kiki Bersama Seorang Lagi Ahli Baru, Mohd Syahidzuan Samsudin Menerima Keahliannya Di Pejabat PERKASA Selangor

Kiki menerima keahliannya di pejabat PERKASA Selangor.

Image via Facebook Perkasa Selangor

“Kutipan wang yang dikutip PERKASA Selangor juga akan diserahkan kepada Kiki dalam satu majlis bersama penyerahan wang bantuan ke Gaza."

themalaysianinsider.com

“Kami akan panggil rakan media untuk penyerahan. Kami hanya mengadakan kutipan bantuan kewangan kepadanya. Itu sahaja,” kata Abu Bakar Yahya.

themalaysianinsider.com

Perkara Ini Turut Diumumkan Di Laman Facebook Rasmi PERKASA Selangor Malaysia

Apa Pula Respon Netizen Kali Ini? Segelintir Daripada Mereka Nampaknya Memberikan Komen Positif Serta Menganggap Langkah Ini Adalah Tepat Dan Membanggakan Bangsa Melayu.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Walau Bagaimanapun, Lagi Ramai Yang Memberikan Komen Negatif

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Dalam Pada Itu, Abu Bakar Yahya Memuji Tindakan Kiki Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia Dan Merasakan Sikapnya Itu Wajar Dicontohi

“Kiki sudah meminta maaf, bahkan dia juga mengakui kesalahan yang dilakukan serta menerima hukuman yang dikenakan terhadapnya."

yahoo.com

“Lebih menarik perhatian, dia langsung tidak melawan hukuman yang dikenakan dan tidak merayu untuk diringankan hukumannya. Ini menunjukkan beliau menerimanya dengan hati terbuka,” katanya seperti dilaporkan media.

themalaysianinsider.com

Kiki Semasa Ditemui Di Luar Mahkamah Pada Hujung Bulan Julai Lalu Ternyata Kesal Dengan Kelakuannya. Ekoran Kejadian Itu, Dia Hidup Dalam Keadaan Trauma Apabila Banyak Menerima Ugutan, Diekori Serta Dicaci.

"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," kata Kiki.

Image via Facebook Perkasa Selangor

"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan."

yahoo.com

"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya kepada media ketika ditemui di luar mahkamah.

themalaysianinsider.com

Nak Cerita Kiki Yang Lain? BACA SINI:

You may be interested in: