seismik

[GAMBAR] Lihat Bagaimana Rusia Cipta Logo Tourism Baru Mereka Yang Sangat 'Classy'

Jauh beza dari Malaysia punya.

Cover image via Dezeen.com

Baru-baru ini, viral di media sosial berkenaan logo Visit Malaysia 2020 yang dikecam teruk oleh netizen. Ramai yang menyuarakan pendapat bahawa Malaysia memerlukan logo yang lebih moden.

Melalui laporan dari Dezeen.com, kita boleh menjadikan Rusia sebagai contoh untuk mereka sebuah logo selepas ini kerana logo terbaru mereka boleh digunakan secara global dan meluas.

Image via Dezeen.com

Satu pertandingan terbuka telah dilancarkan oleh Agensi Pelancongan Rusia bagi mencari logo untuk menjalankan kempen pelancongan terbaru berkenaan.

Pemenang pertandingan ini adalah seorang pereka grafik yang menghasilkan logo diinspirasikan daripada lukisan gaya suprematist.

Suprematist merupakan art movement yang menfokuskan lukisan dalam bentuk geometri asas seperti bulatan, segi empat, segi tiga serta garisan

Image via Dezeen.com

Pengasas gaya lukisan ini adalah pelukis Rusia, Kazimir Malevich.

Slogan kempen ini juga sangat menepati konsep logo ini; ‘The Whole World Within Russia’.

Setiap corak pada logo ini mewakili kawasan penting dalam negara Rusia. Gabungan warna jingga, ungu, merah dan hijau digunakan untuk setiap corak.

Ini adalah beberapa contoh poster pelancongan Rusia yang akan digunakan di seluruh Rusia di masa akan datang.

Image via postimg.org
Image via postimg.org
Image via postimg.org

Lihatlah betapa versatile-nya logo ini yang boleh diguna pakai untuk dijadikan poster atau pelbagai lagi rekaan lain. 

Perkara paling susah untuk menghasilkan logo ini bagi mereka adalah untuk menjadikannya jelas dan mudah pada masa yang sama

Identiti terbaru pelancongan Rusia ini dipilih daripada 480 penyertaan. Satu undian secara dalam talian dibuka untuk memilih 10 logo terbaik dan committee yang bertugas memilih seorang pemenang daripada 10 logo ini.

Image via Dezeen.com

Ia juga merupakan indentiti pelancongan Rusia baru yang dilancarkan secara kebetulan dengan FIFA World Cup di Rusia.

Inilah logo akhir yang disukai rakyat Rusia kerana mereka turut mempunyai hak untuk memilih logo yang paling menonjol serta mewakili rakyat Rusia.

Image via postimg.org
Image via postimg.org

Interesting! Sangat visual appealing! Semoga sebarang logo penting untuk sebarang acara penting di Malaysia di masa depan akan melalui prosedur seperti ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Design logo Visit Malaysia 2020 dari netizen yang menarik lagi menawan hati!

Anda sudah tonton video guru sekolah ini mengamuk?

You may be interested in: