seismik

[VIDEO] "Your English Is Lousy! Puik!" Guru Mengamuk Kerana Tidak Dapat Tempat Duduk

Dikatakan berang kerana tidak dapat tempat duduk walaupun sudah bayar RM70.

Cover image via SAYS via Barang Baik Mall / Facebook

Viral di media sosial tentang seorang guru wanita yang mengamuk dalam mesyuarat kerana tidak diberikan tempat duduk sedangkan dia telah membayar sebanyak RM70

Memetik laporan Berita Harian, guru tersebut dikatakan telah meninggikan suara dan melemparkan kata-kata yang kesat. Lebih teruk, guru itu bertindak menghentak meja dan meludah di dalam bilik mesyuarat itu beberapa kali.

"Your english is lousy! Saya sudah bayar RM70, tak ada tempat duduk. Saya minta tempat itu, tetapi mereka keluarkan dan pindahkan meja itu," jerit guru terbabit dalam video berdurasi hampir 3 minit itu.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menempatkan guru tersebut di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu

Arahan penempatan itu untuk memastikan siasatan mengenal pasti punca guru tersebut mengamuk dan mententeramkan keadaan emosi guru terbabit serta menjaga proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah berkenaan.

KPM juga telah memberi peringatan kepada semua guru dan pentadbir sekolah agar berkelakuan professional pada setiap masa khususnya konteks hubungan sesama rakan sekerja & murid-murid untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang

Tonton video penuh kejadian di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda sudah baca kisah Cikgu Azizan? #PrayForCikguAzizan

Kisah "beauty with brain" yang inspiring!