seismik

Digelar ‘Beauty With Brain’, Pencapaian Gadis Ini Patut Dijadikan Inspirasi Semua Pelajar

Tiada yang mustahil! Usaha tangga kejayaan.

Cover image via SAYS via Instagram @dyanahmad

Baru-baru ini, seorang gadis viral di media sosial tentang pencapaian akademik beliau yang menjadi buah mulut netizen

Melalui thread di akaun Twitter @silly_boney, tersebut sebuah kisah tentang seorang gadis, Dyan Ahmad dan pencapaian akademik beliau yang sesuai dijadikan contoh kepada mereka yang masih belajar di luar sana.

Dyan dikatakan telah menerima empat anugerah semasa Konvokesyen Diploma beliau iaitu Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Diploma UiTM Perak, Anugerah Pelajar Terbaik Kursus Diploma Pengurusan Hartanah, Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Senibina (FSPU), dan Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.91.

Bukan setakat di peringkat Diploma, Dyan tetap unggul pada peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila berjaya merangkul beberapa anugerah tertinggi iaitu Anugerah Graduan Terbaik Kursus Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, Bronze Award for International Real Estate Symposium by Inspen, dan Anugerah Naib Cancelor juga dengan CGPA 3.91.

Untuk makluman, Anugerah Pelajar Terbaik UiTM Perak yang dimenangi Dyan itu bermaksud beliau merupakan pelajar terbaik keseluruhan bagi dua kampus iaitu UiTM Tapah dan UiTM Sri Iskandar.

Namun, di sebalik kejayaan, terselit cerita pahit dan duka sepanjang bergelar pelajar. Dyan terpaksa mengharungi dugaan terbesar dalam hidup apabila ibunya meninggal dunia sebelum beliau mendaftar untuk sambung belajar di peringkat ijazah di UiTM Shah Alam.

A post shared by Tita Dina (@dyanahmad) on

Baca thread penuh oleh @silly_boney di bawah:

Pencapaian Dyan tidak terhenti di situ. Beliau juga telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik BOVAE dan Anugerah Pelajar Terbaik Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).

Pernah dipandang rendah oleh seseorang, Dyan membuktikan bahawa beliau akan menerima Anugerah Naib Canselor dan hanya biarkan kejayaan beliau berbicara

Dyan juga sering berkongsi tips study dan sebagainya di Instagram beliau.

Betul, setiap course yang wujud di universiti memainkan peranan yang penting dan ada sumbangannya yang tersendiri. Jangan sesekali memperkecilkan course yang dipelajari oleh seseorang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi kisah inspirasi pelajar DI SINI:

Leave a comment