seismik

[GAMBAR] Lihat Cara Rakyat Sebar Kedamaian & Perpaduan Di Malaysia Dengan Menanam 'Bunga'

Walaupun keadaan semakin sengit menjelang #PRU14, simbolik perpaduan tidak pernah hilang.

Cover image via Malaysian Spring / Facebook

Keadaan kini menjadi kian sengit menjelang #PRU14 yang akan berlangsung pada hari esok.

Namun, perkara yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sangat dipuji apabila mereka 'menanam bunga' sebagai tanda kedamaian.

Malaysian Spring di Ukay Heights.

Image via Malaysian Spring / Facebook

Perkara ini dilakukan sebagai tindakan damai dan bagi menyebarkan mesej harapan serta perpaduan di Malaysia walaupun segelintir rakyat sudah mula beremosi terhadap hal politik di negara ini.

Ng Sek San yang merupakan arkitek landskap di Sekeping Serendah dan d7 Sentul tampil dengan idea untuk menggalakkan rakyat Malaysia 'menanam' bendera kecil berwarna-warni di kawasan masing-masing sebagai satu bentuk perpaduan

Fenomena 'penanaman' bendera kecil ini diberi nama Malaysian Spring!

Pada hari mengundi nanti, keadaan akan menjadi semakin sengit dan rakyat Malaysia akan berpisah untuk sementara waktu bagi melunaskan tanggungjawab masing-masing terhadap negara.

Ini merupakan salah satu cara untuk menyatukan masyarakat pada hari tersebut.

"Keseluruhan proses politik tidak begitu inklusif, masyarakat biasa seperti kanak-kanak dan orang tua tidak boleh menyertai. Jadi, ini merupakan salah satu cara mereka boleh bersama kami," kata Sek San kepada Channel News Asia.

Hanya dengan cara menanam 'bunga kecil' ini di kawasan masing-masing, simbol perpaduan tidak akan pernah hilang di antara masyarakat.

Dengan bantuan rakan-rakan serta jiran-jirannya, Sek San mencipta sebanyak 10,000 spring flowers yang diperbuat daripada pelbagai jenis bendera berwarna merah, putih, biru, hijau dan oren pada tahun ini.

Antara kawasan yang telah ditanam adalah Damansara Uptown, Bandar Kinrara, Lebuh Pantai, dan Sierramas di Sungai Buloh

Ini bukan kali pertama penduduk kawasan menanam bendera ini. Penduduk dan sukarelawan kawasan di Sierramas yang dikenali sebagai May Yau berkata, "Pihak berkuasa tidak pernah membuang atau menghalang bendera mini yang ditanam kerana ianya adalah inisiatif sama seperti yang dilakukan pada tahun 2013.

"Mereka tidak membuangnya seperti kali terakhir kami lakukan di tempat yang sama kerana kami mahu menandakan permulaan yang baru. Kami adalah penduduk yang bertanggungjawab, kami akan cabut semua bendera ini selepas pilihan raya tamat," kata wanita berusia 54 tahun itu seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail Online.

Penduduk boleh bersama-sama membuat dan menanam bendera mini yang diperbuat daripada buluh dan kain ini dengan cara di bawah:

Ingin mengetahui caranya? Tonton klip ini:

Posted by Ng Seksan on Sunday, May 6, 2018

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYS

Baca lebih perkongsian #PRU14 hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: