seismik

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Risau Kertas Undi Tidak Sempat Sampai Pada Tarikh #PRU14

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menasihati setiap pengundi pos supaya tidak risau kerana masih ada masa.

Cover image via Drift Travel Magazine

PRU14 akan berlangsung dalam masa 2 hari lagi, pengundi Malaysia yang tinggal di luar negara dan masih belum menerima kertas undi telah menyuarakan kebimbangan mereka melalui media sosial

Image via Mpoz Australia

Berdasarkan garis panduan baru, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengepos kertas undi kepada semua pengundi luar negara kecuali untuk mereka yang berada di Singapura dan Selatan Thailand.

Walau bagaimanapun, pengundi boleh menghantar semula kertas undi mereka pada 9 Mei sebelum jam 5 petang.

Beberapa pengguna media sosial di Twitter turut berkongsi tracking number mereka yang menunjukkan kertas undi mereka masih di Malaysia:

Rakyat Malaysia yang telah menerima kertas undi juga bimbang undi mereka mungkin tidak tiba di kawasan pilihan raya mereka pada tarikh 9 Mei nanti

"Saya berasa risau dan tidak pasti sekiranya undi saya tidak sampai ke Malaysia tepat pada waktunya (9 Mei)," kata Adrian Chan yang bermastautin di United Kingdom dan dikatakan telah menggunakan perkhidmatan kurier kelas pertama dari UK ke Malaysia dan kebiasaannya mengambil masa antara 5 ke 8 hari.

Image via Berita Harian

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Channel News Asia, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Charlene Wong-Podany yang tinggal di New Jersey telah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kertas undi yang masih belum sampai.

"Kertas undi saya akan tiba di sini pada penghujung hari tarikh 7 Mei, bermaksud 8 Mei pagi, waktu Malaysia."

"Saya berasa seperti ingin menyewa jet peribadi dan terbang terus selepas menerima kertas undi kerana mustahil untuk dihantar tepat pada masa yang ditetapkan," katanya kepada wartawan Channel News Asia.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menasihati setiap pengundi pos supaya tidak risau kerana masih ada masa

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (kanan)

Image via Mohd Yusni Ariffin/New Straits Times

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, Tan Sri Mohd Hisham berkata, "Tiada masalah teknikal. Saya dimaklumkan di luar negara ada yang belum terima dan pada masa sama ada yang sudah (terima) dan hantar balik ke sini.

"Saya faham masing-masing teruja nak mengundi sebab itu bimbang kertas (undi) tak sampai.

"Jangan bimbang, Insya Allah ada tempoh masa lagi, belum terlepas," katanya katanya kepada pemberita ketika meninjau proses pengundian awal Polis Diraja Malaysia (PRDM) di Bukit Aman.

Menurut Mohd Hashim, seramai 277,590 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini membabitkan 118,913 anggota polis termasuk mereka yang berpencen manakala 159,677 lagi anggota tentera dan pasangan

Katanya, setakat jam 12 tengah hari tadi sudah 45 peratus keluar mengundi dan di kawasan Lembah Pantai saja, 36 peratus.

"Bukit Aman saja mempunyai seramai 7,466 pengundi termasuk pesara yang belum menukar status sebagai orang awam dan alamat tempat mengundi," katanya kepada Berita Harian.

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYSGE14

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ketahui update penuh tentang #PRU14 hanya di SAYS SEISMIK!

Terima kasih, kerajaan Malaysia!

You may be interested in: