seismik

[GAMBAR] Pulau Pinang Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Berterusan Sejak Malam Semalam

Kawasan paling terjejas adalah di Jalan P Ramlee dengan air dilaporkan naik sehingga 0.3 meter iaitu mencecah paras bahaya.

Cover image via SAYS via Penang Kini

Beberapa kawasan di bandar raya Georgetown dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter berikutan hujan lebat yang melanda sejak malam tadi

Menurut laporan BH Online antara kawasan yang terjejas adalah Jalan Masjid Negeri, Jalan P Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Perak, Jalan Batu Ferringhi dan sekitar Bayan Lepas.

Kejadian pokok tumbang di kawasan Paya Terubong awal pagi tadi turut berlaku menyebabkan kawasan terbabit mengalami kesesakan trafik ketika ini yang berpunca daripada angin kencang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir

Image via BH Online

Menurut bomba, antara kawasan paling terjejas adalah di Jalan P Ramlee dengan air dilaporkan naik sehingga 0.3 meter iaitu mencecah paras bahaya, namun keadaan masih terkawal.

Katanya, pasukan bomba telah menempatkan bot-bot penyelamat di kawasan berkenaan bagi membantu orang ramai yang terperangkap dalam banjir, termasuk mengangkut pelajar ke sekolah.

"Kita sudah menempatkan bot penyelamat di kawasan berkenaan dan membantu mengangkut pelajar ke sekolah," katanya.

bharian.com.my

Malah, kejadian tanah runtuh turut berlaku di Apartment Medan Fettes, Tanjung Bungah pagi tadi telah menyebabkan enam kenderaan yang diparkir di kawasan berhampiran tertimbus

Hujan yang masih renyai-renyai serta air yang turun dari kawasan atas bukit menyebabkan kerja-kerja mengeluarkan kenderaan yang tertimbus mengalami kesukaran.

astroawani.com

Lihat lebih banyak gambar bencana ini di bawah:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: