seismik

Gambar Senarai Harga Rokok Naik Selepas GST Adalah PALSU!

Kalau naik, berhenti merokok. Kalau tak naik pun berhenti je lah merokok.

Cover image via postmetro.net

Sedang semua orang sibuk tentang harga barang naik, kecoh lagi satu perkara berkenaan kenaikan harga rokok selepas GST

Image via tumblr.com

Sejak beberapa hari lalu, sekeping gambar senarai harga rokok baru yang mencecah sehingga RM17.50 telah tersebar secara meluas di laman sosial. Orang ramai mula tertanya-tanya sama ada perkara ini benar atau tidak.

Terbaru, hasil siasatan mendapati bahawa senarai harga rokok baru yang dihebohkan itu adalah PALSU dan tidak benar sama sekali

Image via postmetro.net

Perkara ini disahkan oleh syarikat pengeluar rokok, British American Tobacco (BAT) Malaysia. Pihak mereka menafikan dakwaan mengeluarkan senarai harga tersebut kepada umum.

Image via amazonaws.com

"Kami telah membuat laporan polis mengenai penyebaran berita palsu berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."

"Oleh itu, kami meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan berita tersebut dan berhenti serta tidak menyebarkannya lagi" tegas BAT.

malaysiandigest.com

BAT juga menolak dakwaan harga rokok akan naik mendadak seperti yang tercatat dalam senarai tersebut selepas GST mula berkuatkuasa minggu depan

Senarai palsu di Internet itu antaranya mendakwa beberapa jenama popular rokok naik harga sebanyak RM2.50 sekotak kepada RM14 hingga RM17.50 sekotak mengikut jenama.

Harga rokok terkini antara RM12 hingga RM14 bagi 20 batang selepas kali terakhir dinaikkan November tahun lalu.

malaysiakini.com

Sementara itu, harga rokok selepas GST masih belum diketahui sama ada akan naik atau tidak. Masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan mahupun pihak pengeluar rokok di negara ini.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi setiap hari!

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: