seismik

Gara-Gara Berjemur Tengah Panas Buat Liputan PRU15, Kulit Wartawan Ini Jadi Menggelupas

Teruk juga ya menggelupasnya.

Cover image via @asyrafroslan6 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahun ini menyaksikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang agak sengit sekali

Mana tidaknya, rakyat Malaysia perlu menunggu hampir seminggu bagi mengetahui siapakah Perdana Menteri Ke-10 dek kerana parlimen yang tergantung.

Boleh dikatakan, setiap hari akan melihat berita dan media sosial untuk mengetahui perkembangan lanjut. Perkara itu semestinya akan disampaikan oleh para wartawan yang terpaksa berjemur tengah panas dan hujan bagi mendapatkan berita.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tangan seorang wartawan menggelupas akibat panas semasa dia membuat liputan PRU15 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kulit menggelupas lepas buat liputan bawah matahari terik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang merakam rakan wartawannya ketika mereka berada di pejabat.

Dapat dilihat lelaki itu berkongsi keadaan tangan rakannya yang dilihat menggelupas akibat berjemur di bawah panas matahari.

Difahamkan, ia kerana wartawan itu membuat liputan bagi PRU15 dan terpaksa berjemur tengah panas bagi mendapatkan liputan media.

"Pakai losyen supaya kulit kita tak jadi kering bila duduk lama-lama dalam aircond" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihatnya dan memberikan reaksi mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 487.2K views, 31.1K likes dan 128 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga cepat sembuh bang! Terima kasih sebab buat liputan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: