Gara-Gara Berebut Gelanggang Futsal, Mangsa Kebakaran Tak Sempat Merasa Pindah Tempat Baru

InshaaAllah mereka semua berada di tempat yang lebih baik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amin Farij Hasan

Kejadian ejek mengejek yang berlaku antara pelajar tahfiz dan beberapa remaja dipercayai menjadi punca kepada kejadian kebakaran di pusat tahfiz tersebut

Image via Berita Harian

Namun, timbalan pengetua pula mendedahkan, sejak awal tahun lagi remaja di kawasan itu mula berselisih faham dengan pelajarnya kerana berebutkan gelanggang futsal

Image via tranungkite

Dalam pada itu, pengetua pusat tahfiz ini turut meluahkan rasa terkilan kerana mangsa yang terkorban tidak sempat merasai bangunan baru pusat tahfiz yang siap pada bulan hadapan

Bangunan lima tingkat termasuk bahagian bawah tanah itu terletak 800 meter dari pusat tahfiz yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur. Bangunan baru berkenaan mempunyai lebih 20 bilik yang mampu menempatkan 60 orang pelajar serta terdapat gelanggang rekreasi serbaguna.

Lebih RM750,000 telah dibelanjakan untuk penambahbaikan dan pengubahsuaian bangunan asal yang mana proses berkenaan hampir siap sepenuhnya dan dijangka bakal beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini.

Menurutnya lagi, bangunan itu mula diubah suai pada Disember tahun lalu dan pelajar ditempatkan di bangunan sementara selama sembilan bulan sambil menunggu proses ubah suai siap.

Gelanggang futsal yang disediakan untuk para pelajar.

Image via Abdul Jalil Shamsir

Ternyata ajal terlebih dahulu menjemput 23 orang mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran di bangunan sementara itu

Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah dan semoga kesemua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak sebenarnya kes kebakaran berkaitan pusat tahfiz yang pernah direkodkan

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: