seismik

[VIDEO] Gara-Gara Lipas Masuk Kereta, Gadis Ini Tak Fikir Banyak Terus Lompat Ke Depan

Lipas memang boleh buat gaduh.

Cover image via @aidainpanik (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam banyak-banyak serangga, tidak dinafikan lipas adalah haiwan yang paling ditakuti ramai

Kemunculannya di tempat-tempat yang kita tidak jangka membuatkan keadaan akan menjadi panik.

Tambahan pula, kalau lipas itu tiba-tiba terbang. Ramai yang mengatakan jika ia terbang, namanya auto bertukar menjadi ‘babi’. Faham-fahamlah sendiri.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis bertindak melompat ke depan kereta kerana takut dengan lipas telah menjadi tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@aidainpanik

i didnt scream or say nothing, just straight up jump to the front

sonido original -

Tiba-tiba nampak lipas dalam kereta, menggelupur lompat ke depan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aidainpanik, kelihatan gadis itu sedang berada di dalam kereta bersama dua orang kawannya.

Mereka seperti sedang menaiki Grab untuk menuju ke sebuah destinasi.

Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila gadis itu ternampak kelibat seekor lipas di dalam kereta lalu melompat ke depan iaitu di tempat penumpang. 

Kawannya yang duduk di depan sempat merakam aksinya yang tidak fikir tentang apa-apa kecuali dapat lari daripada lipas tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 603.7K tontonan, 56.7K tanda suka serta 4.9K perkongsian di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi masing-masing mengenai situasi tersebut.

Ada juga yang berkongsi pengalaman buruk mereka berdepan dengan lipas.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bahaya betul lipas ni, membahayakan nyawa orang! :(

You may be interested in: