seismik

Gara-Gara Tegur 2 Lelaki Pasang Muzik Kuat Pada Kereta, Remaja Ini Parah Ditetak Di Kepala

Pada awalnya teguran tersebut hanya menyebabkan pertengkaran kecil antara meraka sebelum suspek lain tiba dengan menaiki kereta dan beberapa motosikal.

Cover image via bharian.com.my

Siapa sangka gara-gara menegur dua lelaki yang memasang muzik kuat daripada speaker kereta, seorang remaja parah selepas ditetak di bahagian belakang dan kepala di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi apabila mangsa berusia 17 tahun diserang seramai 15 lelaki di kawasan perumahan tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa menegur dan menasihati dua suspek yang memasang lagu dan muzik yang kuat dengan menggunakan speaker kereta di kawasan parkir flat berkenaan.

Pada awalnya teguran tersebut hanya menyebabkan pertengkaran kecil antara meraka sebelum suspek lain tiba dengan menaiki kereta dan beberapa motosikal

"Sekumpulan lelaki kira-kira 15 orang mengerumuni mangsa. Beberapa suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala," katanya.

bharian.com.my

Gambar viral di Facebook menunjukkan keadaan mangsa yang berlumuran darah selepas diserang kira-kira 15 lelaki bersenjatakan pisau dan parang di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, awal pagi semalam.

Image via BH Online

Suspek dipercayai bukan penghuni flat berkenaan.

Mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dirawat di wad dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata)

Katanya lagi, belum ada tangkapan dibuat setakat ini dan pihak polis sedang giat memburu suspek.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes jenayah sebelum ini:

You may be interested in: