seismik

[GEMPAR] Mayat Bayi Ditemui Tanpa Kepala Dan Tangan Di Kedah

Penduduk menemui mayat tersebut di hadapan pintu pagar kilang di Jalan Bakar 7, Bakar Arang, Sungai Petani.

Cover image via Facebook

Dua hari lepas, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan yang amat menyayat hati

Image via Facebook

Mayat berusia sembilan bulan itu ditemui tanpa kepala dan tanpa kedua-dua belah tangan di hadapan pintu pagar kilang di Jalan Bakar 7, Bakar Arang, Sungai Petani pada jam 4.30 pagi, 9 Julai.

Ia dipercayai dimakan oleh sekumpulan anjing liar sebelum ditemui.

Menurut laporan, mayat bayi tersebut dipercayai telah dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa

Image via Watan Online

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang yang memaklumkan penemuan mayat bayi yang dipercayai dibuang selepas dilahirkan itu.

"Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan.

"Hasil bedah siasat ke atas mayat terbabit mendapati bayi berkenaan berusia kira-kira 35 minggu dan dipercayai sudah meninggal dunia antara satu hingga dua hari lalu," katanya.

Md Zukir berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian

Suspek kes berkenaan belum dapat dikesan setakat ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini...

You may be interested in: