Gardenia & UiTM Jalin Kerjasama Strategik Melalui Program Apprenticeship 2026

Program Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026 telah melibatkan penyertaan daripada 22 kampus UiTM di seluruh Semenanjung Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gardenia Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., jenama roti kegemaran rakyat Malaysia, baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor bagi memperkukuhkan kolaborasi industri dan institusi pendidikan tinggi di Majlis Penutup Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026

Kerjasama strategik ini bertujuan melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan, khususnya dalam industri makanan dan pembuatan roti.

Program ini direka khusus untuk memberikan pendedahan praktikal kepada mahasiswa UiTM dalam bidang inovasi produk makanan, pembangunan jenama serta strategi pemasaran produk berasaskan roti.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada keseluruhan proses pembangunan produk, bermula daripada penyelidikan dan penjanaan idea sehingga kepada strategi pelancaran produk ke pasaran.

SAYS.com
Image via Gardenia Malaysia

"Gardenia sentiasa percaya bahawa generasi muda Malaysia merupakan aset paling bernilai kepada negara. Melalui program Apprenticeship ini, kami bukan sekadar membuka pintu industri kepada para pelajar, malah memberi peluang kepada mereka untuk berfikir seperti seorang usahawan, pakar strategi jenama dan pencipta produk. Kami berharap kolaborasi ini akan melahirkan idea-idea segar yang memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada industri," kata Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Selangor berkata, "UiTM sentiasa komited dalam menyediakan platform yang menghubungkan pelajar dengan industri secara langsung. Kerjasama bersama Gardenia ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam persekitaran perniagaan sebenar. Kami yakin inisiatif ini akan memperkukuh kemahiran, keyakinan dan kebolehpasaran graduan apabila melangkah ke alam kerjaya."

Turut hadir di majlis penutup tersebut ialah Encik Derrick Khoo, Pemangku Ketua Pegawai Eduseni, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. bersama semua peserta program.

Struktur cabaran inovasi produk ready-to-eat (RTE)

Program Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026 telah melibatkan penyertaan daripada 22 kampus UiTM di seluruh Semenanjung Malaysia. Setiap kampus diwakili oleh satu pasukan yang terdiri daripada lima orang pelajar di bawah bimbingan seorang pensyarah mentor, menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 110 mahasiswa.

Setiap pasukan diberi cabaran untuk membangunkan produk berasaskan rangkaian Gardenia RTE seperti QuickBites, PUAZZ!, Toast'em Waffles, Squiggles dan Twiggies, dengan penekanan terhadap inovasi produk, kreativiti serta potensi komersial.

Dalam Fasa Pertama, para peserta membangunkan tiga konsep produk RTE yang inovatif dan mempersembahkannya dalam bentuk video berdurasi 3-4 minit. Lima pasukan terbaik kemudiannya meneruskan perjalanan ke Fasa Kedua, di mana mereka menghasilkan cadangan strategi jenama yang lengkap dan mempersembahkannya secara langsung di hadapan panel pada Sesi Pembentangan Akhir.

SAYS.com
Image via Gardenia Malaysia
SAYS.com
Image via Gardenia Malaysia

Keputusan Penuh Pemenang Pertandingan

Keputusan akhir program menyaksikan penguasaan pasukan dari Kampus Raub seperti berikut:

  • Juara (RM 5,000 + tawaran latihan industri bersama Gardenia): Munchz Grab & Bites Delight (UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub)
  • Naib Juara (RM 3,000): Kaya Cakoi Bites (UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah)
  • Tempat Ketiga (RM 1,500): Dip N Bite (UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu)
  • Hadiah Sagu Hati 1 (RM 500): Mochi Roti Bites (UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang)
  • Hadiah Sagu Hati 2 (RM 500): GD Burger (UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban)
  • Anugerah Pembentangan Terbaik (RM 1,500): UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub

"Program Apprenticeship ini bukan sekadar pertandingan, tetapi pengalaman yang membuka mata kami kepada realiti sebenar industri bakeri. Ia mengasah kemahiran kami dalam pembangunan produk dan strategi jenama, serta memberi kami keyakinan untuk berfikir seperti usahawan sebenar. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Gardenia dan UiTM atas peluang luar biasa ini," ulas wakil Munchz Grab & Bites Delight.

Kajian tabiat pemakanan mahasiswa & siri jelajah kampus

Selari dengan pelaksanaan Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026, UiTM turut menjalankan satu kajian mengenai tabiat pemakanan dalam kalangan mahasiswa yang melibatkan lebih 2,200 responden daripada 22 kampus terlibat, dengan penyertaan lebih 100 responden bagi setiap kampus. Kajian ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai corak pemakanan mahasiswa serta hubung kaitnya dengan prestasi akademik dan kesejahteraan mental.

Dapatan kajian akan dirumuskan dalam laporan rasmi UiTM dan dijangka menjadi rujukan penting kepada Gardenia dalam memahami keperluan, gaya hidup serta citarasa segmen pengguna muda.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Gardenia turut menganjurkan Siri Jelajah Kampus di kesemua kampus yang terlibat. Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan pasukan Gardenia, mencuba rangkaian produk RTE terkini serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif.

Sepanjang siri jelajah tersebut, Gardenia telah mengagihkan lebih 11,000 pek produk RTE kepada mahasiswa sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan jenama dengan generasi muda dan memperkukuh pengalaman pembelajaran berasaskan industri.

SAYS.com
Image via Gardenia Malaysia Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS