[GAMBAR] Gaya Hidup Hikikomori: Adakah Anda Sedang Melaluinya?
Bunyi macam kehidupan warga Jepun, tapi sebenarnya ia adalah gaya hidup global yang kurang sihat.
Hikikomori adalah keadaan di mana seseorang mengasingkan dirinya daripada masyarakat dan persekitaran dengan berkurung di dalam bilik berbulan-bulan lamanya
Jika anda pernah mengurungkan diri dalam bilik, cuma keluar untuk makan dan minum sekejap sehingga enam bulan, SAH! Anda seorang hikikomori.
Ia sebenarnya adalah sebuah fenomena gaya hidup yang menular secara global, tetapi mula dikaji di Jepun sejak tahun 1980an dan dinamakan hikikomori
Mereka yang hidup secara hikikomori ini tidak mempunyai sebarang interaksi dengan orang luar dan mengulangi rutin hidup mereka seharian di dalam bilik seperti makan, tidur, games, komik, internet dan ulang kembali setiap hari
Mereka merasa lebih selamat berada dalam bilik berbanding dunia luar dan tidak selesa bila berinteraksi dengan masyarakat
80% daripada pengamal gaya hidup hikikomori ini adalah lelaki dan penghidapnya berusia semuda 11 tahun sehinggalah pertengahan 20an
Bagi remaja, mereka berada dalam situasi ini kerana terlalu obses kepada minat tertentu dan kurang berminat untuk bergaul secara 'realiti' dengan orang ramai. Terjadinya hikikomori pada orang dewasa pula kerana mereka merasa kecewa dan gagal dalam hidup.
Ada hikikomori yang hidup dalam keadaan kemas dan teratur. Tetapi ramai juga yang tinggal dalam bilik yang bersepah dan kotor. Macamana boleh tahan tu?
Negara yang paling ramai hidup secara hikikomori adalah Korea, Taiwan dan Jepun. Manakala di negara lain, punca utama hikikomori berlaku adalah kegagalan mendapatkan pekerjaan.
Hikikomori adalah sejenis gangguan atau tekanan perasaan, dan perlukan rawatan psikologi
Jadi jika anda mempunyai rakan atau kenalan yang enggan keluar dari bilik berbulan-bulan lamanya, bantu beliau keluar dari kepompong tersebut kerana dikhuatiri ia akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan gangguan mental.