seismik

[VIDEO] "Sesat Ni Neraka" Dan 9 Lagi Gelagat Geli Hati Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat

Macam-macam gelagat ada. Cukup ramuan!

Cover image via SAYS via Berita PAS

Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Rakyat ke-14 ditangguhkan selepas 20 hari bersidang bermula 16 Julai yang lalu

Sidang Dewan Rakyat kali ini telah menempa sejarah tersendiri disebabkan oleh peralihan kuasa yang berlaku buat kali pertama di negara ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof

Image via Illuminasi

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, semua ahli Parlimen telah menunjukkan kematangan masing-masing di samping memastikan persidangan tersebut berjalan dalam keadaan penuh aman dan harmoni.

“Persidangan ini merupakan yang pertama selepas PRU14 dan ia menempa sejarah dalam kancah demokrasi negara kerana peralihan kuasa yang berlaku buat kali pertama dalam keadaan yang penuh aman dan harmoni.

"Ini membuktikan kematangan ahli-ahli Parlimen dalam menguruskan kepelbagaian yang wujud dalam cara yang tertib dan aman,” katanya seperti yang dilapor akhbar Utusan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini telah menyaksikan sebanyak sembilan rang undang-undang diluluskan

Image via Kosmo

Rang undang-undang (RUU) yang diluluskan termasuklah Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018.

Turut diluluskan adalah Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018, Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 dan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang semula pada 15 Oktober ini.

Namun begitu, baik dari pihak pemerintah, mahupun pembangkang, adakalanya persidangan itu dilihat sebagai gelanggang bertikam lidah yang melampaui paras kesopanan dan kesusilaan ekoran gelagat sesetengah Ahli Parlimen ketika berhujah

Berikut adalah beberapa gelagat Ahli Parlimen sepanjang persidangan Dewan Rakyat:

1. Ahli Parlimen BN & PAS keluar dewan tanda boikot

Ahli Parlimen BN dan PAS, kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang dikatakan tidak mengikut Point of Order. Bagaimanapun, semua Ahli Parlimen pembangkang kemudian masuk semula ke dewan untuk mengangkat sumpah di hadapan Datuk Mohamad Ariff.

2. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh diarah keluar dewan

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu telah menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat ekoran keengganannya menarik balik perkataan ‘Pemuda UMNO samseng’. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kemudiannya meminta Ramkarpal menarik balik dakwaan itu namun Ramkarpal berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan yang dikeluarkan beliau.

3. "Kalau saya tuhan..." ungkapan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Baling, DS Abdul Azeez Rahim menegur Hanipa berlagak seperti tuhan yang mana Hanipa menjelaskan beliau bukan tuhan, dan kalau beliau adalah tuhan, Abdul Azeez tidak akan diciptakan.

4. Perkataan ‘munafik’ digunakan dalam Dewan Rakyat, Kor Ming berjaya kawal keadaan

Kekecohan berlaku apabila Ketua Pembangkang, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa ciri-ciri orang munafik ialah tidak menepati janji yang mana menjurus kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mendesak Ahmad Zahid untuk menarik semula perkataan itu kerana mendakwa ia ditujukan kepada Perdana Menteri.

5. Penggunaan istilah 'kepala bapak' dan 'puk***ak' menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mencetus kekecohan apabila menggunakan perkataan ‘kepala bapak’ ketika berucap di Dewan Rakyat didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana gagal membela kebajikan anggota polis sekali gus menimbulkan ketegangan dan kemarahan pimpinan BN yang berada di dalam dewan lalu diarah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk menarik balik kenyataan kurang sopan tersebut.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad telah mencarut tanda bantahan kepada tindakan RSN Rayer yang masih menggunakan istilah 'kepala bapak' walaupun pernah ditegur sebelum ini. Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang hilang sabar kemudian meminta Abdul Rahman yang menggunakan perkataan lebih kesat daripada 'kepala bapak' itu supaya memohon maaf.

6. ''Kalau kami berdosa, kami tanggunglah," jelas Tun Mahathir kepada pertanyaan KJ

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengenai sama ada janji dalam manifesto akan ditunaikan atau hanya sebagai panduan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mendapati beberapa rintangan yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum janji-janji dapat ditunaikan.

7. Bung Moktar cakap 'F*** You!' di Dewan Rakyat

Kekecohan bermula apabila Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin bangkit mencelah ucapan Datuk Bung Mohtar Radin yang berucap di mana harga barang di pasar borong Selayang tidak turun selepas GST dimansuhkan. Pertelingkahan itu bersambung sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Kinabatangan mengungkap kata-kata kesat dalam persidangan tersebut.

8. "Switch off telephone!" - Teguran Saifudin Nasution kepada Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ditegur oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Dato' Saifuddin Nasution Ismail  supaya jangan menggunakan handphone semasa berada dalam persidangan Dewan Rakyat.

9. "Sesat itu neraka!" - Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi

Lim Guan Eng yang sedang membuat ucapan penggulungan kementeriannya apabila Che Abdullah bangun memberikan pandangannya. Bagaimanapun Lim Guan Eng menegaskan kenyataan itu tidak berkaitan dengan isu yang sedang dijelaskannya pada ketika itu menyebabkan wakil PAS tersebut berasa tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Kewangan terbabit.

10. "Jangan pandang kalau pakaian pramugari menjolok mata." - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff berhubung isu pakaian seragam pramugari Malaysia yang didakwa mencolok mata.

Walau bagaimanapun, suasana Dewan Rakyat yang kebiasaannya 'panas' dengan pelbagai isu telah diceriakan dengan sapaan 'kekanda' dan 'adinda' di antara S. Kesavan dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

S. Kesavan menarik perhatian DS Ahmad Zahid apabila memberitahu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bahawa beliau anak watan Bagan Datuk, dan dahulunya Adun Hutan Melintang, antara DUN bawah Parlimen itu. Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk mendapat laluan untuk mencelah, bingkas bangun bagi membalas ucapan itu dan mengucapkan tahniah kepada S. Kesavaran kerana terpilih sebagai Ahli Parlimen.

Bonus!

Beberapa gelagat Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam persidangan Dewan Rakyat ke-14

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat lagi seloroh “Sila duduk dan jangan lari” oleh YDP Agong kita?

Lagi artikel menarik di SAYS: