seismik

Gelagat Bapa Ini Edit Gambar Untuk Nampak 'Ganas' Masa Jungle Trekking Buat Ramai Terhibur

Editing skill level 900!

Cover image via Twitter @hazhaz97

Setiap ibu bapa pasti suka menyakat anak-anaknya tidak kiralah lelaki mahupun perempuan

Usikan ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara ahli keluarga.  

Dan selalunya apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa pula, seorang bapa dikatakan lebih sinonim dengan watak yang lebih tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang dianggap lebih garang dan gemar berleter.

Baru-baru ini tular di laman sosial gambar seorang bapa membuat lawak ingin tampak 'ganas' sewaktu membuat aktiviti jungle trekking

Menerusi laman Twitter, seorang pemuda bernama Hazwan Firdaus telah berkongsikan paparan skrin perbualan di WhatsApp dia bersama bapanya.

Di dalam perbualan itu, dapat dilihat si bapa sedang berkongsikan gambarnya ketika jungle trekking kepada ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun, yang lucunya ialah bapa cuba sedaya upaya untuk nampak 'ganas' dengan meng-edit gambar yang dikongsikannya itu.

Ternyata ramai dalam kalangan warganet yang terhibur dan geli hati melihat telatah si bapa berkenaan

Bukan sahaja memuji kecomelan bapa Hazwan bahkan ada juga yang kagum dengan editing skill bapanya itu. Yang paling menarik sekali, perasan tak cara Hazwan save nombor ibu dan bapanya dalam contact list dia? Cuba korang check.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lain ibu bapa lain gelagat mereka. Seronok bila baca semua:

You may be interested in: