seismik

"Jika Nampak Ayah Saya, Tlg Ambil Gambar Dia" - Gelagat Ayah Selfie Di London Mencuit Hati

Comel je semua tempat dia selfie! :D

Cover image via Twitter @khairinafikri

Bila bercuti ke luar negara, memang tak sah tak ada gambar seorang diri di sebalik bangunan-bangunan cantik di negara yang dikunjungi, betul tak?

Lebih-lebih lagi jika anda berkunjung ke London iaitu kawasan metropolitan terbesar di United Kingdom. Pastinya anda ingin mengambil ribuan keping gambar untuk dijadikan kenangan selepas pulang ke Malaysia.

Mana tidaknya, bukan selalu anda dapat berkunjung ke London, setahun sekali pun belum tentu dapat. Dengan cuti yang tak menentu, bajet yang suam-suam, keadaan cuaca yang perlu dititikberatkan dan banyak lagi.

Pemandangan di Kota London.

Image via London and partners

Big Ben, London

Image via Travel Channel

London Bridge

Image via Student Cribs

Cantik sangat Kota London ini bukan? ;)

Kalau travel, paling seronok jika bawa teman. Janganlah seorang diri, nanti tak ada siapa boleh tolong tangkapkan gambar anda.

Sedih je...

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu Khairina Fikri yang telah mendapat perhatian netizen kerana dia memberitahu bahawa ayahnya yang kini berada di London terpaksa 'selfie' seorang diri kerana tiada siapa yang bantu untuk tangkapkan gambarnya.

Perkongsian penuh di bawah:

Gambar hasil 'screenshot' whatsapp bersama Ayahnya.

Image via Twitter @khairinafikri

"Kalau ternampak ayah saya, En Fikri, tolong ambilkan gambarnya. Kesian dia..."

Comelnya bila tengok gelagat pakcik ni! Pandai betul ambil angle supaya pemandangan di belakang jelas kelihatan walaupun gambar selfie.

Power!

Apa pula reaksi pengguna Twitter yang lain mengenai perkara ini? Masing-masing kongsi gelagat ayah yang memang comel gila!

Sumber: Twitter @khairinafikri

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca cerita FUN lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: