seismik

"Jangan Melebih, Bini I Tu" - Gelagat Cemburu Bapa & Reaksi Spontan Anak Ini Memang Lawak!

Comelnya keluarga ini!

Cover image via imgur.com

Siapa sangka, pada sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu, satu video telah tular di laman-laman sosial

Video yang pada mulanya tular di laman Twitter itu memaparkan sebuah keluarga sedang mengadakan sesi meminta maaf dan pemberian duit raya sempena sambutan hari mulia tersebut.

Namun, yang menjadikan ianya kelakar adalah gelagat si bapa dan anak bongsunya yang masing-masing menyakat antara satu sama lain.

Apa yang paling mencuri tumpuan adalah dialog yang dikeluarkan si bapa seolah-olah cemburu tatkala anak bongsunya itu mengucup lama pipi ibu

Tidak cukup dengan itu, boleh pula anak lelakinya membalas sakat si bapa yang ternyata membuat warganet terhibur.

Video yang dikongsikan @minemyus itu sehingga kini telah mendapat hampir 500 ribu tontonan dan 43 ribu retweets.

Rata-rata netizen memuji kebahagiaan serta sifat jenaka yang dipaparkan oleh setiap ahli keluarga itu. Ramai juga teruja dengan gambaran kasih sayang yang ditunjukkan si bapa pada isteri tercinta.

Antara komen para netizen:

Comelnya alahai family ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tengok gelagat ibu ini malu-malu kucing bila dapat cincin daripada suami!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: