Lihat Adik Ini Tepis Ayat 'Lelaki Semua Sama' Dalam Loghat Ganu. Cute & Matangnya Fikiran!
Sama ke lelaki semua?
Ayat-ayat seperti 'all men are trash' dan 'lelaki semuanya sama' sering kali kita dengar.
Lebih-lebih lagi daripada mulut kaum wanita.
Ayat-ayat sebegitu selalunya disebut oleh golongan wanita apabila mereka sedang dalam kekecewaan kerana dilukai golongan lelaki.
Tapi janganlah disebabkan nila setitik terus rosak susu sebelanga. Janganlah hanya kerana pernah dikecewakan oleh seorang (maybe beberapa) lelaki, terus dilabelnya semua lelaki sebagai jahat.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mat Ipang telah menarik perhatian orang ramai apabila meluahkan sendiri pendapatnya tentang istilah 'lelaki semuanya sama'
Semua ini berlaku gara-gara video Mat Ipang atau nama sebenarnya Muhammad Irfan mengulas tentang kenyataan 'lelaki semua sama' kepada ibunya telah dimuat naik ke dalam laman Twitter.
Dalam video tersebut, dapat dilihat pada mulanya ibu Mat Ipang hanya bertanyakan kepada kanak-kanak itu apakah yang dipelajarinya di sekolah.
Sesudah menjawab pertanyaan ibunya, dia menceritakan bahawa terdapat seorang rakan perempuannya telah mengeluarkan ayat 'lelaki semua sama' yang kemudiannya dibidas kanak-kanak itu.
Menurut Mat Ipang, setiap sesuatu kesalahan itu sebenarnya bergantung kepada individu dan bukanlah pada jantina semata-mata.
Bukan itu sahaja, dia turut menasihati orang ramai agar memperbaiki kesilapan dan sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik.
Ternyata ramai yang mengagumi pemikiran matang yang dimiliki kanak-kanak tersebut.
Antara komen-komen netizen:
Buat yang tidak tahu, adik Mat Ipang ini sebenarnya adalah seorang instafamous cilik yang terkenal kerana kerap kali menyampaikan nasihat-nasihat positif dalam loghat Terengganu.