seismik

Ramai Terpegun Kanak-Kanak Kemboja Ini Boleh Tutur 10 Bahasa Demi Jual Cenderamata. Wow!

Thaksin telah menunjukkan bakatnya bertutur dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan Bahasa Melayu.

Cover image via Facebook Venus Goon

Mempelajari sesuatu bahasa yang baru lagi asing pasti sukar buat ramai orang.

Manakan tidak, menguasai Bahasa Inggeris sahaja pun kadang-kadang sampai terbelit lidah, apatah lagi nak belajar asing yang lain seperti Thai, Korea, Perancis dan lain-lain.

Hakikatnya, semua orang boleh menguasai pelbagai bahasa yang diinginkan, dengan syarat perlu ada usaha untuk mempelajari dan mempraktikkannya. Pada masa kini, bahasa yang harus dikuasai oleh setiap orang adalah bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris. Adalah satu kelebihan bagi seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa asing yang lain.

Bahkan, dengan mempelajari dan menguasai bahasa asing yang ketiga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat seseorang itu, lebih-lebih lagi di negara luar yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa utama.

Baru-baru ini telah tular sebuah video seorang kanak-kanak dari Kemboja yang boleh bercakap lebih daripada 10 bahasa.

Bukan itu sahaja, dia juga boleh menyanyi!

Video tersebut telah dirakam oleh seorang pelancong dari Malaysia bernama Venus GWC yang merupakan travel blogger untuk laman Let's Go Somewhere.

Menurut Venus, ketika dia berkunjung ke Siem Reap, Kemboja dan melawat kuil Ta Prohm di Angkor Wat, di situ dia telah bertemu dua orang kanak-kanak yang dianggapkan istimewa kerana mempunyai pelbagai kebolehan yang menakjubkan.

"Kanak-kanak pertama merupakan Lisa yang berusia 7 tahun dan menjual seruling bersendirian. Saya mendekati dan bercakap dengannya. Dia memberitahu saya yang dia pandai menyanyi sebuah lagu kucing terkenal di aplikasi Tik Tok. Kami rakam video dan bergembira,” ceritanya.

Namun begitu, yang benar-benar mengejutkan Venus adalah dia telah bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang sangat berbakat kerana boleh bercakap lebih daripada 10 bahasa

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Thaksin itu telah menunjukkan bakatnya bertutur dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan Bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar semua bahasa ini, Thaksin berkata dia hanya mempelajarinya dari pelancong yang berkunjung ke situ.

Senarai bahasa yang difahami kanak-kanak lelaki tersebut adalah Kantonis, Mandarin, Thai, Jepun, Korea, Perancis, Sepanyol, German, Tagalog dan Bahasa Melayu.

“Pada mulanya dia bercakap dengan saya dalam Kantonis, kemudian dia beritahu berapa banyak bahasa yang dia boleh tuturkan. Dia memang WOW habislah!” puji Venus.

Ekoran perkara ini, ramai netizen meluahkan rasa simpati mereka kepada kanak-kanak terbabit

Mereka kasihan dengan nasib kanak-kanak yang terpaksa mempelajari pelbagai bahasa demi mencari sumber rezeki.

Ada juga dalam kalangan netizen yang merasakan bahawa mereka pernah bertemu dengan kanak-kanak terbabit dan menyatakan bahawa bapanya hanya bekerja sebagai pelukis untuk pelancong demi menampung kehidupan seharian.

Namun begitu, lanjutan daripada penularan video tersebut, Thaksin telah menerima sokongan daripada seluruh dunia

Image via K10 News

Seperti yang dilaporkan K01 News, Persatuan Palang Merah Kemboja telah menyediakan Thaksin, abangnya, serta ibu mereka, bekalan makanan dan sumbangan kewangan.

Di samping itu, sebuah stesen TV yang berpangkalan di Beijing akan menanggung Thaksin dan keluarganya untuk ke China bagi menyertai satu sesi ujibakat dan sekiranya berjaya, akan menandatangani satu kontrak nyanyian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: