seismik

Dua Mahasiswi Malaysia Juara Dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Di China. Cayalah!

Mereka telah berjaya menewaskan pelajar dari negara Jepun, Sweden, Australia dan lain-lain.

Cover image via Facebook Education Malaysia & Beijing-EMB

Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) telah muncul juara dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China

Pertandingan yang berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun itu menyaksikan persaingan daripada 16 universiti terkemuka di daerah Beijing, diwakili mahasiswa pelbagai negara seperti Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.

Education Malaysia Beijing (EMB) dalam satu kenyataan berkata, dua mahasiswi tersebut iaitu Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan telah mewakili daerah Hebei, berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang sehingga melayakkan diri mereka ke peringkat akhir, selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.

Tajuk debat peringkat akhir mereka iaitu 'Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar' telah membuka ruang kepada dua pelajar itu untuk membuktikan kemampuan dan kefasihan mereka

Menerusi kemenangan ini EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan kedua penuntut Malaysia terbabit.

“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.

“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Tahniah sekali lagi Nur Afifah dan Arina Safwah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel rakyat Malaysia mencipta nama di negara luar!

You may be interested in: