Bukan Makanan Sahaja! Ini Sebab Anda Wajib Singgah Zon foodpanda Kat KJH!
Pertama kali dalam sejarah, foodpanda bakal memeriahkan Karnival Jom Heboh! Ada 11 vendor makanan, pameran pandamart, dan barangan percuma menanti korang di foodpanda Zone

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Musim cuti atau hujung minggu ini apa plan anda? Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk serbu karnival paling meriah di Malaysia bukan?
Kalau anda peminat setia Karnival Jom Heboh, ada satu berita gempak anda kena tahu! Tahun ni, ada satu 'vendor' baru yang bakal turun padang buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka. Siapa lagi kalau bukan foodpanda!
Biasanya kita kenal foodpanda ni sebagai penyelamat waktu lapar tengah malam atau bila malas nak keluar rumah, kan? Tapi kali ni, pengalaman "make life delicious" tu dibawakan secara live depan mata anda!
Nak tahu apa yang best dekat foodpanda Zone sepanjang 30 Oktober hingga 1 November 2026 nanti? Ayuh ketahui lebih lanjut!
Kemunculan Pertama foodpanda Di Karnival Jom Heboh!

Kalau selama ni anda order makanan atau barang runcit melalui skrin telefon sahaja, kali ni anda boleh terjah booth fizikal mereka!
foodpanda membawakan pengalaman dalam aplikasi kepada realiti supaya anda boleh rasai sendiri pelbagai pilihan makanan, promosi, dan servis yang lebih dekat serta mudah diakses.
Takkan nak tengok dalam telefon sahaja, sesekali meriahkan suasana secara on-ground menarik juga.
Syurga Makanan Dan 11 Vendor F&B Menanti Anda!

Memang tak sah kalau ke karnival tanpa menjamu selera!
Menerusi foodpanda Zone, sebanyak 11 vendor F&B dihimpunkan khas untuk anda terokai.
Daripada hidangan kegemaran harian sehinggalah ke sajian baharu yang belum pernah anda cuba, semuanya ada di satu lokasi.
Paling menarik, pelbagai tawaran eksklusif turut disediakan untuk anda sekeluarga dan rakan-rakan makan sambil bersantai.
Bukan itu sahaja, pengunjung yang membuat pembelian di 11 vendor ini berpeluang mengumpul cop untuk menebus pelbagai merchandise eksklusif Pau-Pau:
- 3 Cop: 1x Stoking Ayam Gepuk
- 6 Cop: 1x Cawan Perkhemahan Pau-Pau
- 10 Cop: 1x Tikar Piknik Pau-Pau
Nikmati tawaran eksklusif daripada pandapro!

Masih ramai yang menganggap foodpanda hanya terhad kepada penghantaran makanan, sedangkan platform ini menawarkan pelbagai perkhidmatan lain bagi memudah rangkaian aktiviti harian anda.
Sempena tiga hari karnival ini, pengguna baharu yang melanggan pandapro bakal menikmati promosi berganda:
- Diskaun 50% untuk pelan langganan 6 bulan atau 12 bulan
- Baucar Tambahan RM15 OFF
Serius berbaloi!
Sampel Percuma Di Booth pandamart!

Rasa macam tak lengkap kalau singgah ke booth popular tetapi pulang dengan tangan kosong, kan?
Selain peluang mencuba pelbagai hidangan enak dan menyaksikan pameran barangan pandamart, booth utama foodpanda turut mengedarkan sampel makanan ringan percuma! Antara yang menanti anda termasuklah Munchy's Oat Krunch, Rota Prawn Crackers, Mamee Corntoz, dan banyak lagi.
Siapa cepat, dia dapat! Boleh bawa pulang dan kongsi bersama rakan-rakan nanti.
Ayuh Serbu Pada Hujung Minggu Ini!
Butiran Acara:
- Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2026
- Lokasi: Karnival Jom Heboh
- Tarikan Utama: foodpanda Zone (10 vendor F&B, pameran pandamart, & merchandise percuma!)
Jadi, apa tunggu lagi? Ajak mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan atau pasangan anda serbu booth foodpanda hujung minggu ini.
Nak tahu lebih lanjut tentang apa lagi yang menarik? Layari laman web rasmi mereka di https://www.foodpanda.my/
Jom jadikan hujung minggu anda lebih bermakna dan delicious!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

