Pelajar Tingkatan Enam Bakal Terima Elaun RM2,500 Mulai Tahun Depan – Menteri Pendidikan
Difahamkan, pemberian elaun berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tiga semester pengajian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelajar Tingkatan Enam bakal menerima bantuan elaun berjumlah RM2,500 bermula tahun depan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian
Menurut laporan Berita RTM, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, bantuan itu akan mula disalurkan pada semester pertama selepas proses pendaftaran pelajar selesai.
Menurutnya, pemberian elaun berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tiga semester pengajian, dengan jumlah melebihi RM800 bagi setiap semester.
Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pelajar Tingkatan Enam mendapat sokongan sewajarnya, khususnya bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek
Image via Sinar BestariKatanya, bantuan itu juga diharap dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
"Sebaik sahaja proses pendaftaran pelajar Tingkatan Enam selesai, kita akan menyalurkan bantuan tersebut pada semester pertama mereka. Insya-Allah, mulai tahun depan, mereka akan mula menerima elaun berkenaan.
"Kita amat gembira dengan pengumuman Belanjawan ini kerana inilah antara hasrat kita untuk memastikan pelajar Tingkatan Enam mendapat sokongan dari aspek pembelajaran, sekali gus meningkatkan kualiti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerusi pemberian elaun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia di Nibong Tebal.
Pemberian elaun itu dijangka dapat membantu pelajar menampung sebahagian keperluan pengajian, sekali gus memberikan sokongan tambahan kepada mereka sepanjang mengikuti pengajian Tingkatan Enam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via