Ratusan Penduduk Serbu Pantai Rusila, Ambil Peluang Kutip Kerang Terdampar Pesisir Laut

Suasana yang menyeronokkan dapat meluangkan masa bersama keluarga atau sahabat handai.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi satu acara tahunan apabila spesies kerang terdampar di pesisir Pantai Rusila

Difahamkan fenomena ini berlaku secara bermusim dan selalunya berlaku pada bulan November setiap kali tibanya musim tengkujuh.

Dilaporkan oleh Berita Harian, penduduk, Abdullah Hassan, 50, mengatakan setiap kali musim tengkujuh, kerang akan terdampar di pantai dan menarik ramai penduduk dan masyarakat setempat untuk memungut hasil laut.

SAYS.com
Image via NST

"Walaupun teruja, dalam masa sama juga perlu berhati-hati kerana keadaan cuaca yang tidak menentu selain ombak besar.

"Dalam kegembiraan kita tidak boleh alpa kerana keselamatan lebih penting berbanding hasil memungut kerang yang disifatkan sebagai hiburan pada musim tengkujuh,"
katanya.

Setiap tahun Abdullah akan mengambil kesempatan untuk memungut kerang yang terdampar untuk dijadikan hidangan keluarga.

SAYS.com
Image via NST

Kerang yang terdampar di pantai bukan petanda bencana

Kerang yang terdampar ini adalah fenomena alam biasa apabila angin kencang, ombak besar dan struktur pantai berubah.

Pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Roslizawati Ab. Lah berkata fenomena itu bukan pentanda sesuatu bencana tetapi hanya proses alam biasa yang terjadi setiap tahun di pantai Terengganu itu.

SAYS.com
Image via Utusan

Kerang-kerang yang terdampar itu juga telah disahkan selamat untuk dimakan.

"Proses kerang terdampar ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak, serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim monsun timur laut.

"Tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pesisir pantai. Biasanya, kerang ini masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat,"
katanya.

Ketika fenomena ini ramai penduduk menggunakan pelbagai cara seperti menggunakan pukat ikan, baldi, mengutip dengan tangan kerana timbunan kerang yang melimpah ruah memenuhi kawasan pantai itu.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik