Pengguna Komuter Boleh Tebus Subsidi RM30 Sebulan, Ini Syarat Penting Yang Perlu Anda Tahu
Yang layak boleh mohon!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengguna KTM Komuter di sekitar Lembah Klang kini boleh mendapat manfaat subsidi RM30 sebulan
Menerusi perkongsian KTM Berhad di Facebook, subsidi bernilai RM30 ini akan dikreditkan ke dalam Nine eWallet milik pengguna yang layak.
Berikut adalah syarat bagi melayakkan pengguna untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Pengundi berdaftar di Selangor
- Pengguna KTM Komuter Lembah Klang, Komuter Utara dan Shuttle Selatan

Bagaimana dan cara untuk guna kredit subsidi ini?
Berikut adalah langkah yang anda boleh lakukan untuk menggunakan subsidi yang diberi:
- Muat turut aplikasi Nine
- Buat permohonan untuk kelayakan subsidi dan pilih KTM Komuter
- RM30 sebulan akan diterima dalam Nine eWallet sehingga Disember 2026
- Beli tiket dengan aplikasi KTMB Mobile atau KITS Style dan pilihan mod pembayaran – Nine
Anda boleh dapatkan info lebih lanjut di SINI, manakala info bagi Subsidi Tambang Pengangkutan Awam boleh didapatkan di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via