Peminat Kad Pokémon Wajib Tahu, Dr. Zulkifli Perjelas Bila Hobi Kumpul Kad Jadi Haram

Difahamkan, alasan minat semata-mata tidak menghalalkan cara sekiranya konsep pertaruhan nasib menjadi asas transaksi.

Cover ImageCover image via Utusan Sarawak & Reddit

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suatu masa dahulu kad koleksi ialah hobi yang biasa-biasa sahaja dan selalunya dipandang enteng oleh masyarakat

Kini populariti Trading Card Game (TCG) seperti Pokémon dan lain-lain telah melonjak begitu sekali sehingga permulaan harga boleh menjadi puluhan ringgit malah ribuan dan jutaan ringgit.

Ramai yang sanggup menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk cuba mendapatkan kad-kad 'rare' yang boleh dijual dengan harga yang tinggi di pasaran pengumpul kad.

Tetapi hobi ini telah menimbulkan persoalan besar dalam kalangan masyarakat Islam mengenai status sebenar pembelian pek booster yang selalunya rawak.

SAYS.com
Image via Facebook

Teguran dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Menjawab persoalan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga mantan Senator, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi penjelasan ini menerusi Threads milik beliau.

SAYS.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga mantan Senator, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Image via The Star

Menerusi perkongsian ini, beliau cuba untuk menjawab persoalan yang selalu di fikiran para pengumpul iaitu "Apa hukum membeli sepaket kad Pokemon yang terdapat kad "rare" di dalamnya?".

Terdapat tiga perincian yang perlu dilihat dan dibezakan

Hukum pembelian rawak perlu dibezakan daripada hukum penjualan semula sekeping kad yang telah diketahui jenis, keadaan dan nilainya. Kedua-duanya mempunyai pertimbangan hukum yang tersendiri.

Perinciannya seperti berikut:

Pertama, jika nilai kad dalam pek hampir sama, unsur ketidakpastian dianggap kecil (gharar yasir) ia dimaafkan.

Kedua, jika terdapat perbezaan harga yang sangat ketara antara kad biasa dengan kad nadir (rare), sedangkan pembelian dibuat untuk mencuba nasib mendapatkan kad mahal, ia boleh mengandungi unsur gharar fahish (ketidakpastian besar) dan judi (maisir). Maka ia dilarang dalam urusan jual beli.

Ketiga, sekiranya struktur transaksi benar-benar berasaskan pertaruhan nasib untuk memperoleh keuntungan, maka hukumnya haram walaupun pembeli mendakwa pembelian tersebut sekadar hobi.

SAYS.com
Image via The Penny Hoarder

Beliau turut menegaskan alasan minat semata-mata tidak menghalalkan cara sekiranya konsep pertaruhan nasib menjadi asas transaksi.

"Sekiranya struktur transaksi benar-benar berasaskan pertaruhan nasib untuk memperoleh keuntungan, maka hukumnya haram walaupun pembeli mendakwa pembelian tersebut sekadar hobi," tegas beliau.

Perkongsian ini telah menjawab banyak persoalan terutamanya untuk orang yang sudah berkecimpung dalam hobi ini dan orang yang mahu cuba-cuba menyertai hobi TCG.

Perlu diingatkan perkara ini juga termaktub untuk semua jenis TCG jika mempunyai perincian yang sama bukan sahaja untuk Pokémon.

Jabatan Mufti Negeri Selangor juga ada menjawab persoalan ini di laman rasmi mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS