seismik

Dulu Hanya Tahu ‘Kecek Kelate’, Kini Pengawal Masjid Ini Dah Kuasai 7 Bahasa Dunia. Tabik!

Khairul berasal dari negeri Kelantan dan telah berhijrah ke Putrajaya sejak 15 bulan lalu.

Cover image via Sinchew

Seorang pengawal keselamatan Masjid Putra di Putrajaya dikatakan belajar tujuh bahasa demi memudahkan proses berkomunikasi dengan para pelancong di situ

Image via Sinchew

Pengawal keselamatan tersebut yang hanya dikenali sebagai Khairul dilaporkan mula berkhidmat di masjid itu sejak 15 bulan yang lalu.

Khairul yang kebiasaannya bertugas selama 12 jam setiap hari, kadang kala akan bertugas lebih masa pada hari-hari tertentu, namun itu tidak menghentikan dia untuk mempelajari bahasa baharu pada penghujung hari, lapor akhbar Sinchew.

Khairul yang berasal dari negeri Kelantan telah mengaku bahawa pada mulanya dia menghadapi masalah komunikasi kerana loghat yang diguna olehnya agak sukar difahami oleh orang sekeliling

Oleh yang demikian, dia berusaha untuk mempelajari bahasa Malaysia (tanpa loghat) dan tiga bulan kemudian, dia berjaya berkomunikasi dengan semua orang dengan selesa.

Image via Sinchew

Dia kemudiannya mengambil pendekatan mempelajari tujuh bahasa lain bagi memudahkannya komunikasi dengan pelancong masjid berkenaan iaitu bahasa Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Thailand, Parsi dan Inggeris.

“Masjid ini adalah destinasi pelancongan, kita perlu memahami bahasa mereka kerana sesetengah pelancong tidak begitu memahami arahan dalam bahasa Inggeris dengan baik. Untuk kemudahan mereka, kita perlu mempelajari bahasa mereka sekiranya keadaan memerlukan,” kata Khairul.

Khairul tidak menerima pembelajaran rasmi, oleh itu dia berusaha untuk belajar dengan cara mencatat setiap ayat yang dibetulkan oleh para pemandu pelancong dan pelancong kepadanya dalam buku nota khas kepunyaannya

Image via Sinchew

Khairul kemudiannya akan mengulangi setiap ayat atau perkataan yang baru diketahuinya dalam masa seminggu agar dia biasa dengan penggunaan ayat yang sepatutnya.

Proses pembelajarannya juga tidaklah diambil ringan. Khairul akan mula dengan perkataan dan sebutan, seterusnya dia akan mempelajari frasa dan pembinaan ayat yang sepatutnya pula.

Disamping itu, Khairul turut mendedahkan bahawa para pelancong lebih bersedia mematuhi arahannya jika dia bercakap dalam bahasa mereka. 

“Pelancong yang tidak patuh dengan peraturan berpakaian dalam kawasan masjid perlu meminjam jubah (dari masjid). Kami akan menasihatkan wanita untuk menutup bahagian rambut dan memastikan pakaian mereka cukup sopan sebelum memasuki masjid,” katanya.

Tengok video temubual Khairul di bawah:

Kita nak bercakap lebih daripada satu bahasa pun tersangkut inikan pula tujuh. Tabiklah pada saudara Khairul!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bahasa Malaysia kita sendiri pun kadang-kadang tunggang-langgang

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: