"Saya Bukan Budak Nakal, Saya Baik" - Kanak-Kanak Mohon Maaf Pada Doktor Yang Sunatkan Dia

Buat kanak-kanak lelaki, berkhatan bermaksud memotong lebihan kulit kemaluan atau lapisan kulit yang membaluti bahagian depan alat kelamin lelaki.

Berkhatan atau bersunat adalah sesuatu yang khusus buat umat Islam. Hukum berkhatan adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita jika tidak memudaratkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Buat kanak-kanak lelaki, berkhatan bermaksud memotong lebihan kulit kemaluan atau lapisan kulit yang membaluti bahagian depan alat kelamin lelaki. Proses berkhatan kini tidak hanya dilakukan oleh masyarakat beragama Islam malah diamalkan di serata dunia.

Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun.

Kaedah berkhatan telah mengalami beberapa perkembangan daripada secara tradisional iaitu menggunakan sebilah pisau tajam kini beralih kepada peralatan moden yang lebih bersih, selamat dan kurang menyakitkan berbanding kaedah konvensional.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan apabila dalam proses berkhatan, kanak-kanak lelaki akan menunjukkan pelbagai ragam dan reaksi. Ada yang menangis, bahkan ada juga yang marah. Ini kerana mereka melalui sesuatu proses yang mereka tidak pernah lalui dicampur juga dengan gurauan rakan di sekolah dengan pelbagai cerita menggerunkan tentang berkhatan.

Seorang doktor berasa terharu apabila menerima sepucuk surat permohonan maaf daripada seorang kanak-kanak lelaki yang memarahinya ketika dikhatankan baru-baru ini

Dr. Hanafi Yahya yang merupakan pengasas Klinik Doktor Bergerak (DOC MOVE) berkata kanak-kanak terbabit telah menyerahkan surat itu kepadanya pada Rabu, 5 Disember yang lalu.

Menceritakan insiden itu semula, Dr. Hanafi berkata, “Budak itu marah saya, kata saya jahat, halau saya keluar dari bilik itu (bilik khatan), malah dia jerit kata dia nak pulang dan bencikan doktor."

Walau bagaimanapun dia telah menerima surat itu ketika kanak-kanak terbabit datang ke klinik untuk membuat rawatan susulan. Pengakuan ikhlasnya membuatkan doktor berkenaan berasa sebak dan terharu.

Dia memohon maaf kerana marahkan doktor dan memaklumkan dirinya takut dan sakit ketika bersunat. Dalam surat itu juga dia maklumkan dirinya budak yang baik serta mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana merawatnya.

Menurut Dr. Hanafi, ini merupakan kali pertama dia menerima surat permohonan maaf daripada seorang pesakit yang menerima khidmat di kliniknya.

Orang ramai bukan sekadar terhibur dengan surat tersebut, bahkan ada yang memuji kanak-kanak terbabit kerana sikapnya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment