Daripada Sedih Assignment Basah Sebab Siling Bocor, Pelajar Buat Parodi 'Bersamamu'. Lucu!

Siap ada lagi sesi temubual menceritakan kepayahan hidup serta sesi pemberian sumbangan, betul-betul mirip rancangan terbitan TV3 berkenaan!

Bila sudah jadi pelajar universiti ini, assignment dengan project paper itu sangatlah penting

Image via Faculty Focus

Manakan tidak, sebahagian besar daripada markah peperiksaan selalunya diambil daripada markah assignment dan project paper.

Disebabkan itu, dalam menyiapkan assignment atau project paper ini, siap ada pelajar yang berhempas pulas tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan demi tugasan. Semuanya demi mendapatkan segulung ijazah apabila tamat pengajian kelak.

Image via Google

Jadi, siapa tak sedih bila sudah penat-penat buat assignment, dalam sekelip mata sahaja assignment itu boleh 'rosak'? Lagi sedih bila rosak betul-betul sebelum tarikh akhir submission.

Itulah yang berlaku kepada sekumpulan pelajar Jurusan Senibina ini apabila projek akhir mereka basah gara-gara terkena air hujan akibat siling bocor.

Menariknya, daripada terus bersedih, pelajar-pelajar ini boleh pula buat video parodi ala-ala Bersamamu ekoran insiden tersebut!

Meskipun sedih projek akhir yang dibuat dengan begitu terperinci dan mengambil masa lama telah pun basah, namun ianya tidak menghalang empat pelajar ini untuk membuat video drama pendek mereka.

Menggunakan lagu tema rancangan Bersamamu, sahabat-sahabat itu mula berlakon seolah-olah mereka hidup dalam keadaan papa kedana. Siap ada sesi temubual menceritakan kepayahan hidup serta sesi pemberian sumbangan lagi, betul-betul mirip rancangan terbitan TV3 berkenaan!

Siapa sangka video tersebut telah mencuri perhatian orang ramai sehingga mendapat lebih 90 ribu jumlah tontonan.

Nak tengok video penuh? Tengok di bawah!

Susulan tularnya video itu, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat empat sahabat tersebut.

Antara komen menarik daripada para netizen:

Allahu. Semoga semuanya baik-baik buat mereka.

Sorry, penulis pun tergelak tengok video mereka ini.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment