seismik

Siapa Kata Doktor Hanya Belajar? Ramai Terpukau Lihat Pelajar Medik UiTM Ini Menari! Wow!

Sekumpulan penari terbabit telah mendapat pingat emas bagi persembahan Aerodance bersempena dengan pertandingan Medical InterVarsity Games (MIVG) 2018.

Cover image via Twitter @ikhmal_azzarin

Mungkin ramai yang berpendapat setiap doktor itu terdiri daripada golongan nerd dan ulat buku yang tiada masa untuk berseronok

Image via FMT

Sebilangan orang sering kali meletakkan stigma pada golongan doktor atau pelajar perubatan bahawa mereka terdiri daripada ulat buku.

Ianya seolah-olah mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti lain kerana di fikiran kita mereka sentiasa kesibukan sama ada menelaah pengajian bidang perubatan ataupun menjalani latihan amali dan praktikal di hospital.

Namun begitu, baru-baru ini tular di laman sosial video sekumpulan pelajar medik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) menari dengan sangat lincah dan teratur

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @ikhmal_azzarin itu telah mendapat lebih 23 ribu retweets dan 25 ribu shares dalam masa hanya 2 hari perkongsian.

Dimaklumkan, sekumpulan penari yang terdiri daripada penuntut jurusan perubatan UiTM Sungai Buloh itu telah mendapat pingat emas bagi persembahan Aerodance bersempena dengan pertandingan Medical InterVarsity Games (MIVG) 2018, yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bakal-bakal doktor tersebut telah mempersembahkan lima lagu iaitu On The Floor (Jennifer Lopez), Idol (BTS feat Nicky Minaj), Magenta Riddim (DJ Snake), We Are A Bit Different (Evol) dan HandClap (Fitz and The Tantrums).

Lihat video penuh di bawah:

Koreografi tersebut telah direka oleh Ikhmal Azzarin.

Gerakan tarian yang sangat superb itu telah berjaya memukau perhatian bukan sahaja penonton bahkan netizen turut memujinya

MIVG merupakan acara sukan tahunan terbesar dalam kalangan univerisiti perubatan di Malaysia

Acara sukan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA) Malaysia bagi mengumpul beratus-ratus pelajar perubatan dari lebih 30 universiti seluruh Malaysia. Antara acara yang dipertandingan termasuklah sukan tenis, badminton, trek dan futsal serta lain-lain.

Tahun ini merupakan tahun ke-10 MIVG dianjurkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: