UiTM Lakar Sejarah Dengan Melancar Satelit Pertama Ke Angkasa Lepas. Hebat!
Tahniah!
UiTM menjadi IPTA Malaysia pertama melancarkan nano-satelit ke angkasa lepas – UiTMSAT-1, tepat jam 5.46 petang hari ini, 29 Jun
Satelit UiTMSAT-1dilancarkan dari Cape Canevaral Florida menggunakan roket Falcon 9 yang dikendalikan oleh Space X.
Pembangunan UiTMSAT-1 ini merupakan hasil projek kolaborasi di antara pasukan universiti terbabit yang diwakili Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami dengan pasukan daripada Bhutan dan Filipina di bawah program Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2).
Bahkan, Bhutan dan Filipina masing-masing turut menghasilkan satelit nano mereka sendiri itu BHUTAN-1 dan MAYA-1.
Satelit nano sebesar 10x10x10 sentimeter ini telah dikelolakan oleh Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun
Projek ini menggalakkan perkembangan teknologi aeroangkasa di negara seperti Malaysia yang tidak mempunyai program penerokaan angkasa lepas sendiri.
Satelit nano yang juga dikenali sebagai CubeSat ini mengajar asas menghasilkan satelit dan kemudian menghantar maklumat telemetri ke stesen pangkalan di bumi.
Walaupun telah dilancarkan ke angkasa lepas, UiTMSAT-1 hanyalah kargo yang dihantar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) .
Ia hanya akan dilancarkan ke orbit bumi rendah (low earth orbit) dari ISS pada bulan Ogos kelak.