seismik

UiTM Catat Sejarah Muncul Juara Dalam Pertandingan Koir Peringkat Antarabangsa Di Itali!

IPTA itu telah menewaskan 13 negara lain yang turut bertanding dalam pertandingan koir tersebut.

Cover image via Facebook Faculty of Music & UiTM

UiTM sekali lagi mencatat sejarah apabila muncul juara dalam pertandingan koir peringkat antarabangsa di Rom, Itali pada 14 Julai lalu

Image via Twitter @VCUiTM

UiTM telah memperoleh kejayaan berganda dalam pertandingan yang dikenali sebagai ‘Musica Eterna Roma International Choir Festival & Competition’ itu, di mana pasukan pelajar UiTM Chamber Choir (UCC) menggondol anugerah tempat pertama bagi kategori wanita selain mendapat anugerah khas persembahan terbaik serta memperoleh markah tertinggi keseluruhan.

Bukan itu sahaja malahan bagi kategori lelaki pula, UCC turut mendapat tempat pertama selain memperoleh pingat emas bagi kategori campuran.

Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof. Madya Dr. Tazul Tajuddin menyatakan rasa sukacitanya terhadap pencapaian UCC yang membuktikan kemampuan anak tempatan dalam bidang seni muzik koir di peringkat antarabangsa

Image via Twitter @VCUiTM

“Sebanyak 13 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini antaranya Taiwan, Hong Kong, Belgium, Indonesia, Ireland, Great Britain, Itali, Croatia dan Afrika Selatan.

“Bagaimanapun, kita bertuah memenangi kategori yang dipertandingkan dalam acara berprestij ini,” katanya kepada akhbar Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Dr. Tazul turut menyatakan penghargaannya kepada Dr. Masashi Kishimoto yang berperanan selaku konduktor kepada UCC.

Lihat video persembahan UCC di bawah:

Tahniah UiTM!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

UiTM juga telah melakar sejarah dengan menjadi IPTA pertama lancar satelit ke angkasa lepas!

Lagi rakyat Malaysia menempa nama di luar negara:

You may be interested in: