Pukau Penonton Lupa Filem Kegemaran, Pawagam Tawar Pengalaman Tonton Kali Pertama
Peminat bakal dapat perasaan melihat filem kegemaran mereka seperti kali pertama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu pawagam Belanda bercadang untuk memukau peminat supaya mereka melupakan filem kegemaran mereka
Dilaporkan oleh Dexerto, pukauan ini dikatakan mampu memberikan pelanggan pengalaman pertama kali melihat filem kegemaran mereka.
Semua orang impikan dapat menonton filem kegemaran mereka seperti pertama kali.
Bayangkan perasaan mengetahui Darth Vader adalah bapa Luke Skywalker, tidak sedar akan putaran plot (plot twist) untuk filem Shutter Island atau pertama kali melihat Neo dari The Matrix mengelak peluru dalam posisi yang sangat tidak masuk akal.
Jenama panggung wayang dari Belanda iaitu Pathé akan mengadakan eksperimen yang digelar REWIND.
Peminat filem akan berada dibawah pukau sebelum melihat filem yang mereka pernah lihat. Jika pukau ini berjaya, pengalaman melihat filem akan menjadi satu kejutan besar buat mereka.

30 peserta akan menyertai eksperimen ini di Teater Buitenhof
Menurut Pathé, eksperimen ini akan diadakan pada 9 November ini di Teater Buitenhof di The Hague, Belanda.
30 peserta akan melalui sesi pukauan di mana Victor Kreamer, seorang hipnoterapis dengan 30 tahun pengalaman akan memukau peserta. Setiap peserta akan melalui sesi atas talian persendirian, sebelum dipukau semula sebelum tayangan filem bermula.

Mereka semua dapat memilih empat filem iaitu The Matrix, Se7en, La La Land atau Interstellar.
Pukauan ini berharap dapat menghalang memori filem yang pernah ditonton supaya mereka dapat merasakan pengalaman melihat filem buat pertama kali.
Pathé juga berpesan pukau ini tidak bermakna ia akan menyebabkan seseorang itu melupakan filem yang mereka pernah lihat. Eksperimen ini direka untuk meneroka jika pengalaman penonton boleh diubah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via