seismik

Gelagat Seorang Pak Cik Halau Kelawar Guna Kain Pelikat Ini Di PPS Buat Ramai Kagum

Fuh, kuat pula tu bunyi libasannya.

Cover image via @johnyberdosah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat diadakan di PPS kerana masyarakat dilihat lebih rapat dan dapat berkongsi cerita.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan tindakan seorang pak cik yang dilihat berani menghalau seekor kelawar di PPS telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba halau kelawar guna kain pelikat

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @johnyberdosah di TikTok, kelihatan gelagat seorang pak cik dengan selamba menghalau seekor kelawar di sebuah PPS.

Apa yang lebih menarik adalah pak cik itu menghalau kelawar tersebut hanya dengan menggunakan sehelai kain pelikat.

Kelawar tersebut dilihat terbang terhuyung-hayang di dalam PPS serta menimbulkan kekacauan pada mangsa banjir di situ.

"Padu pak cik, terus cari jalan keluar kelawar tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 393.3K tontonan, 14.2K tanda suka dan 111 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan berani pak cik itu menghalau kelawat berkenaan.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuh, bukan main kuat pak cik ni libas :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: