seismik

[VIDEO & FOTO] Lombok Bergegar Lagi, Angka Korban Meningkat Kepada 91 Orang

Lombok dilanda gempa bumi buat kali kedua dalam masa seminggu.

Cover image via Reuters

Lombok dikejutkan sekali lagi dengan gempa bumi kedua dalam masa seminggu, kali ini gegaran lebih kuat iaitu pada 6.9 Skala Richter

Percutian indah para pelancong di Lombok bertukar tragedi buruk apabila kepulauan itu mengalami gegaran kuat buat kali kedua dalam masa seminggu.

Gempa bumi dengan magnitud 6.9 pada Skala Richter itu menyaksikan kemusnahan dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 91 orang, semuanya terdiri daripada penduduk tempatan.

Jumlah yang cedera pula berada pada angka 209.

Image via AP

Pusat Data Informasi dan Humas (BNPB) mengatakan angka kematian dijangka meningkat memandangkan ribuan bangunan telah runtuh dan rosak teruk

Image via AP

Bekalan elektrik dan komunikasi telah terputus di beberapa kawasan dan pihak tentera sedang giat menghantar bantuan perubatan, bekalan dan sokongan logistik kepada kawasan yang terjejas.

Pada 29 Julai lalu, kepulauan Lombok dibedil dengan gempa bumi 6.4 magnitud yang mengakibatkan 17 orang maut, beratus-ratus cedera dan lebih 500 pendaki terkandas di gunung.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) berkata lebih 120 gempa susulan telah direkod selepas gempa pada malam Ahad

Gegaran itu juga dilaporkan terlalu kuat sehingga dirasai di Bali.

Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali turut mengalami sedikit kerosakan.

Image via Jonathan Davies / ABC


Hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok dipenuhi dengan pelancong asing yang terpaksa memendekkan percutian mereka untuk beredar secepat mungkin.



Syarikat penerbangan Garuda Indonesia menambah penerbangan tambahan bagi membantu memudahkan urusan para pelancong untuk pulang. Selain itu, CEO AirAsia, Tony Fernandes menulis di Twitter bahawa syarikat penerbangan itu juga sedang berusaha menambah penerbangan di Lombok.


Gempa bumi ini turut memberi kesan ke atas tiga kepulauan Gili: Gili Trawangan, Gili Air, dan Gili Meno.

Kira-kira 1,000 pelancong terpaksa dipindahkan ke dalam bot.

Seorang pegawai bencana telah memuat naik video yang menunjukkan ribuan pelancong sedang menunggu giliran untuk meninggalkan kepulauan GIli.

Beliau berkata jumlah bot yang ada pada masa ini agak terhad dan proses pemindahan dilakukan secara beransur-ansur.





"Agak mustahil untuk berdiri ketika berlaku gempa bumi"

Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Singapura, K. Shanmugam yang berada di tingkat 10 sebuah hotel di Mataram berkata biliknya bergegar dengan kuat manakala dinding pula retak.

"Agak mustahil untuk berdiri. Saya terdengar jeritan. Saya keluar dan turun ke bawah melalui tangga ketika bangunan masih bergoncang. Bekalan elektrik terputus untuk seketika. Banyak keretakan, pintu yang jatuh," tulisnya di Facebook.

Image via AP

Beberapa video dan gambar di bawah menunjukkan betapa buruknya gempa bumi yang melanda Lombok:









Image via Reuters
Image via Twitter

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi mengenai gempa bumi Lombok DI SINI:

You may be interested in: