Berniqab Dan Berusia 42 Tahun, Wanita Ini Adalah Seorang Gitaris 'Heavy Metal' Dari Brazil
Wow! Tak pernah tengok lagi seorang gadis yang memakai niqab begitu hebat dalam "menggoreng" gitar.
Tapi berbeza pula bagi satu band dari Brazil ini. Kumpulan ini menampilkan gitaris utama berupa seorang wanita Islam yang memakai niqab. Ini memang betul-betul rare!
Ya, inilah dia Gisele Marie, seorang wanita berniqab yang melawan arus stereotaip masyarakat. Berusia 42 tahun, Gisele telah menyelami arena muzik heavy metal sejak bertahun-tahun dulu lagi.
Gisele, yang merupakan peminat tegar kepada seorang gitaris heavy metal Randy Rhoads, menyertai kumpulan muzik abangnya yang diberi nama 'Spectrus' selama beberapa tahun sebelum berpisah.
Beliau kini mempunyai band baru yang dia enggan mendedahkan nama sehingga tarikh pelancaran album mereka tahun depan. Gisele yang berasal dari Sao Paolo, Brazil sedang bertungkus-lumus menyiapkan album baru bersama kumpulannya dan bekerja selama 6 jam sehari.
Gisele berkata, ramai orang terkejut apabila melihat seorang wanita Muslim yang mengenakan niqab bermain dalam kumpulan heavy metal, tetapi ada juga yang merasakan ianya unik, menarik, dan sangat cool
"Saya tidak peduli tentang pandangan orang ramai terhadap saya hanya kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam hanyalah agama saya dan muzik adalah profesion saya, dan sememangnya dua perkara ini merupakan ciri-ciri peribadi saya."
"Fokus saya ialah pada muzik dan hakikat bahawa saya seorang Islam tidak mempunyai pengaruh atau apa-apa kaitan ke atas muzik yang saya mainkan. Saya kini sedang melawan stereotaip dan saya berharap lebih ramai orang juga melakukan perkara sebegini," jelas Gisele, yang merupakan cucu kepada seorang penganut Kristian Katolik dari Jerman.
Pada 2009, Gisele memeluk agama Islam beberapa bulan selepas ayahnya meninggal dunia
"Saya datang dari sebuah keluarga Kristian, tetapi saya tidak mempunyai masalah dengan keluarga saya mengenai hakikat bahawa saya menjadi seorang wanita Islam. Malah, mereka semua menyokong saya."
"Saya telah memakai niqab buat masa yang lama. Bagi saya ini adalah pakaian biasa, pakaian saya, dan tak ada apa-apa yang berbeza tentang memakai niqab di atas pentas sambil bermain gitar."
"Bukan itu saja, saya rasa saya juga mampu mendaki tembok dengan pakaian saya ini. Saya tak ada masalah," kata Gisele.