Glocal Travel Perkenal Sistem Aplikasi Glocal Pilgrims Alert & Pakej Haji 1448H Baharu
Aplikasi itu berfungis sebagai menyampaikan notifikasi real-time mengenai jadual pergerakan, titik perhimpunan dan makluman penting.
Cover image via Glocal TravelFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persiapan bagi Musim Haji 1448H/2027M kini berada pada fasa kemuncak berikutan pengeluaran Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada agensi pelancongan tempatan bertauliah
Penglibatan rasmi PJH berlesen bukan sahaja membolehkan jemaah memilih pakej mengikut kemampuan, malah menjadi benteng utama dalam membendung isu penipuan (scam) visa dan pakej haji tidak diiktiraf.
Menyahut aspirasi permodenan infrastruktur dan pengurusan jemaah di Arab Saudi, Glocal Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel) yang menerima Lesen PJH Musim Haji 1448H/2027M pada 1 September lalu, secara rasminya melancarkan empat pilihan Pakej Haji 1448H berserta aplikasi pengurusan pintar, Glocal Pilgrims Alert, di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa (tiga kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Usahasama dan Kerjasama kepada Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M, Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin (tiga kanan) dan barisan pembimbing utama Glocal Travel pada Majlis Pelancaran Pakej Haji Musim 1448H/2027.
Image via Glocal TravelEmpat pakej yang ditawarkan merangkumi Pakej Elaf Eksklusif, Pullman Clock Tower ECO, Pullman Clock Tower Premium dan Pullman Private.
Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa berkata, keutamaan pengurusan haji masa kini berteraskan pendekatan holistik yang menyepadukan bimbingan rohani, logistik yang efisien dan sokongan operasi berterusan.
"Untuk Musim Haji 1448H, fokus kami adalah menyediakan pengalaman perjalanan haji yang tersusun daripada persediaan sebelum berangkat, bimbingan ibadah, penginapan, hinggalah pengurusan di Tanah Suci dan fasa Masyair. Prinsip kami mudah: jemaah fokus sepenuhnya kepada ibadah, manakala urusan perjalanan kami bantu kendalikan," kata Mohd Idzham.
Inovasi digital, perkhidmatan Masyair dan barisan pembimbing
- Aplikasi Glocal Pilgrims Alert: Menyampaikan notifikasi masa nyata (real-time) mengenai jadual pergerakan, titik perhimpunan, serta makluman penting. Aplikasi ini turut dilengkapi fungsi penjejakan lokasi berasaskan persetujuan jemaah bagi mengesan individu yang terpisah daripada kumpulan tanpa mengabaikan aspek privasi.
- Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN): Menawarkan peningkatan fasiliti di Arafah, Muzdalifah, dan Mina merangkumi ruang khemah, tempat solat dan makan yang lebih selesa, kemudahan rehat, serta penyelarasan pengangkutan yang lebih efisien.
- Bimbingan Tawaf & Saie 'Live Communication': Jemaah akan menerima bimbingan secara langsung menerusi teknologi komunikasi ketika melaksanakan ibadah Tawaf dan Saie bagi menjamin pelaksanaan ibadah yang lebih yakin dan teratur.
- Barisan Pembimbing & Penasihat Syariah: Diketuai oleh Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin (Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M), YM Prof Ustaz Haji Tengku Aziz Raja Abdullah (Penasihat Syariah), Ustaz Haji Abdul Fatah Awang (Guru Agama & Pembimbing), Ustaz Haji Muhidin Mokter (Pakar Kaunseling), serta Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


